ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 23 June 2015

Igauan ngeri' buat Umno Johor


Igauan ngeri' buat Umno Johor

SUARAKAMI 20:06 NEWS


Pemimpin Umno sering memomok-momokkan bahawa kebanjiran orang luar ke negara ini akan menjejaskan orang Melayu. Perkara itu membantu parti itu untuk mengekalkan cengkaman kuasanya di negara ini.

Bagaimanapun, parti itu kini dengan perlahan-lahan semakin menyepikan diri apabila igauan tersebut bertukar menjadi realiti di negeri kelahirannya, Johor.


Parti itu tetap mengunci mulut apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengisytiharkan bahawa kedatangan rakyat Singapura untuk menetap di Johor akan memacu kemajuan bagi negeri itu.

"Apabila rangkaian perhubungan (Johor-Singapura) diwujudkan, ia akan menjadi kebiasaan bagi rakyat Singapura tinggal di Johor dan bekerja di Singapura. Itulah (realiti) masa depan," titah Sultan Ibrahim.

Baginda menyebut demikian dalam satu temu bual dengan The Star minggu lalu.

Sultan Ibrahim menolak andaian bahawa projek tersebut akan mewujudkan hartanah yang berlebihan di selatan Johor.

Titahnya, di London sendiri, sebanyak 80 peratus daripada hartanahnya dimiliki oleh orang asing.

Kawasan Selatan Johor kini menyaksikan pembangunan pesat, kebanyakannya dimajukan oleh pemaju terkemuka dari China. Salah satu projek paling besar di situ ialah Forest City.

Bagi projek Forest City sahaja, dianggar kira-kira 300,000 orang akan menetap di pulau yang baru diwujudkan di Selat Johor menjelang 2045, menurut kajian Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar Impak (DEIA).

Johor kini mempunyai penduduk seramai 3.5 juta.

Pemaju Forest City, Country Garden View Pasifik (CGPV) juga yakin bahawa permintaan antarabangsa akan membantu menyelesaikan sebarang isu lebihan hartanah.

"Sasaran kami adalah penduduk dunia, bukan sahaja rakyat tempatan. Mereka boleh menjadi rakyat Singapura atau Cina dari China ... kami membukanya untuk (pasaran) antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif CGPV Md Othman Yusof semasa sesi itu.

Md Othman membandingkan Forest City dengan Dubai City, yang menurutnya berjaya menjana penghijrahan untuk mengekalkan kelestariannya apabila pembanguna itu siap.

Kira-kira 85 peratus daripada penduduk di Dubai hari ini terdiri daripada warga asing.

Laporan DEIA Forest City ini juga mengakui bahawa projek tersebut akan memberi impak sosial yang “besar” apabila kawasan itu didiami oleh masyarakat baru.

"Mengambil kira hakikat bahawa majoriti penduduk baru adalah orang luar, magnitud impak sosial akan menjadi besar.

"Kesan ini boleh diburukkan lagi jika sebilangan besar penduduk baru ini terdiri daripada warga asing.

"Sebilangan besar mereka yang hidup bersama-sama dengan latar belakang sosial, ekonomi dan budaya yang berbeza boleh menyebabkan konflik sosial dan budaya dan geseran," laporan DEIA dipetik.

Laporan itu juga menyatakan, warga tempatan mungkin ketinggalan daripada meraih manfaat daripada pembangunan Forest city.

"Jika ini berlaku, masyarakat tempatan akan berasa terpinggir dan terasing.

"Perasaan pahit boleh lebih teruk, memandangkan penduduk baru yang masuk akan mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik daripada penduduk tempatan," menurut laporan itu lagi.

Penduduk di 11 buah kampung di sekitar kawasan projek Forest City, yang sebahagian besarnya terdiri dari nelayan, kini sudah mula merasai kesan daripada kerja-kerja penambakan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...