ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 30 June 2015

Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.

Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.



Perdana Menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Razak Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan PM Najib seperti cacing kepanasan.
“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Razak Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang2nya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisyen.
Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan tersebut dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana2 pihak menerima atau menawarkan komisyen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh PM Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan dan ia pula disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.
Walaupun PM Najib telah menafikan wujud apa2 jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno/BN, agensi2 kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.
Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah yang tercipta diatas urusan urusniaga tersebut. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.
“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancar,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.
SUARAM juga telah berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan menyatakan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi oleh PM Najib itu.
Bukan sahaja kapal2 selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai2 Malaysia, termasuk PM Najib dan Razak Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.
Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Razak Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya yang telah dijanjikan, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.
Dua bekas pengawal peribadi PM Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.
Walaupun majlis makan malam pada hari Jumaat berjaya, pegawai2 SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya berjalan hingga ke akhirnya.
Selepas Jalbir, semua akan menunggu pula bila mahkamah Perancis akan memanggil Razak Baginda, PM Najib dan Menteri Pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Razak Baginda dan PM Najib.
“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...