ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 26 June 2015

Isu MARA: Siapa sembunyi maklumat?


Isu MARA: Siapa sembunyi maklumat?

SUARAKAMI 20:57 BLOGGER


Seolah-olah wujud percanggahan kenyataan berhubung skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) berdasarkan laporan akhbar Australia, The Age.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mengesyaki eksekutif tertinggi MARA cuba menyembunyikan bukti berhubung pembelian hartanah di Australia daripada diketahui lembaga pengarah.

Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan menyebut bahawa MARA telah memulakan siasatan dua bulan lalu.

Namun, akhbar The Sun hari ini pula melaporkan soalan tersebut telah diajukan kepada CEO Mara Datuk Abdul Halim Rahim semenjak Februari, namun tidak mendapat sebarang jawapan. Annuar mendakwa beliau hanya baru pada Selasa lalu tentang dakwaan rasuah melibatkan Dudley International House terbabit.

“Semacam ada kenyataan yang saling bercanggah.
“Ini boleh dianggap sebagai tindakan menyembunyikan bukti atau maklumat dengan sengaja,” kata Lip Eng Tambahnya, adalah tidak bertanggungjawab bagi Annuar memberi tempoh 7 hari lagi kepada Halim semalam mengemukakan jawapan bertulis, sedangkan Halim memilih berdiam diri mengenai tuduhan terbabit sejak Februari.

“Annuar sepatutnya mengarahkan semua yang disyaki, termasuk Halim sendiri digantung tugas serta merta sementara siasatan dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa.

“Pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan juru audit Bank Negara mesti memulakan siasatan masing-masing tanpa berlengah lagi.

“Pasport mereka yang disyaki juga seharusnya ditahan dan akaun bank mereka dibekukan sementara siasatan dijalankan,” kata Lip Eng.

Dalam perkembangan terbaru, The Age hari ini melaporkan pihak berkuasa Australia menyerbu sebuah rumah di Vermont Selatan, Melbourne dan merampas komputer dan fail bagi membantu siasatan berhubung skandal melibatkan MARA.

Serbuan itu sebahagian Operasi Carambola bagi menyiasat skim yang didakwa “melibatkan rakyat Malaysia menggunakan hartanah bernilai berjuta dolar Australia untuk melabur wang dan mengembalikan ‘sogokan’ kepada Asia,”

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...