ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 23 June 2015
Dah Duit MARA Pulak Kena Songlap Beli Apartment.....MCM2
Dah Duit MARA Pulak Kena Songlap Beli Apartment.....MCM2
SUARAKAMI 02:34 BLOGGER
Laporan akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.
The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013.
Laporan penyiasatan The Age itu mendakwa sekumpulan pegawai Malaysia, dengan menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, membida harga untuk blok apartmen di Melbourne, daripada A$17 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65 juta).
Akhbar itu mendakwa, tambahan A$4.75 juta (RM13.7 juta) itu kemudiannya didakwa dibawa keluar dari Australia melalui pengubahan wang haram dan didakwa dibayar sebagai sogokan di Malaysia.
The Age mendakwa firma Malaysia yang menerima sogokan yang dikatakan itu, berkait rapat dengan seorang tokoh kanan di agensi pelaburan kerajaan Malaysia, MARA.
Seorang lagi yang didakwa akhbar itu terlibat, ialah seorang pegawai kanan Malaysia dan bekas ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang menteri kabinet Malaysia.
Malaysiakini telah menghantar emel kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di mana MARA terletak di bawah kementeriannya; Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Salmah Hayati Ghazali untuk mendapatkan respons mereka terhadap dakwaan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment