ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday 29 June 2015

Bongkar: Zahid Hamidi sewakan tanah milik TUDM kepada siapa?


Bongkar: Zahid Hamidi sewakan tanah milik TUDM kepada siapa?

SUARAKAMI 12:15 BLOGGER


Tanah seluas 3.3 hektar di di Bertam, Kepala Batas ini diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.00 dengan tujuan untuk membina rumah Kelamin Anggota TUDM.

Geran tanah telah pun dipindah milik kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

Tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewakan dengan harga RM7,000 sebulan.

RM7,000 sebulan untuk 3.3 hektar tanah memang satu kadar yang agak murah..

Persoalannya disini kenapakah pihak TUDM menyewakan tanah yang sepatutnya dibina rumah untuk anggotanya dengan kadar yang begitu rendah, sedangkan dalam masa yang sama anggota-anggotanya terbeban dengan kadar sewaan rumah yang tinggi di kawasan itu?

Pihak manakah yang begitu istimewa mendapat kadar sewa tanah yang begitu murah??

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (mantan menteri pertahanan) memberi penjelasan berhubung tanah seluas 3.3 hektar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bertam, Kepala Batas dekat sini, disewakan kepada sebuah syarikat pada kadar hanya RM7,000 sebulan.

Menurut beliau, tanah itu sepatutnya dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984. Beliau difahamkan tanah itu diambil alih pada 1982 dengan pampasan RM5,148,000.

“Selepas proses pengambilan tanah siap, geran tanah telah pun dipindah milik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, pada 23 Februari 1984.

“Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina, sebaliknya tanah berkenaan yang kini dipenuhi pokok kelapa sawit, disewa dengan harga RM7,000 sebulan. Tempoh sewaan adalah tiga tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013,” katanya dalam kenyataan media.

Guan Eng juga turut mempersoalkan faedah yang diterima angkatan tentera dan negara kalau tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin, sebaliknya disewa dengan kadar yang agak murah.

“Apakah keistimewaan syarikat yang dapat sewa dengan harga yang begitu murah ini dan apakah sumbangannya kepada rakyat?

“Saya harap Zahid bolehlah memastikan kepentingan angkatan tentera, rakyat dan negara kita dipelihara serta dibela dengan membina rumah kelamin seperti yang dijanjikan 28 tahun dahulu,” katanya. ~ Sinar Harian

Apa pula rungutan anggota TUDM?

Ianya membebankan warga TUDM yang terpaksa membayar kadar sewaan yang teramat tinggi di kawasan Butterworth kerana ketiadaan kuarters.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal berkenaan namun yang paling penting adalah kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh warga TUDM sendiri.

Desakan kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah bebanan asas perumahan yang terpaksa ditanggung menjadikan warga TUDM semakin terdesak dalam pengurusan kewangan masing-masing.

Bayangkanlah, duit gaji yang diperolehi sepatutnya disalurkan demi kebahagian keluarga terpaksa dikorbankan demi mendapatkan tempat berteduh yang selesa.

Kebajikan warga TUDM perlu dibela mengatasi kepentingan individu yang mementingkan kekayaan diri sendiri sehingga sanggup menghisap darah golongan bawahan. Sungguh busuk dan jijik perilaku berkenaan ~ Gema Bersuara

Inilah antara apa yang dikatakan 'Janji ditepati' oleh DS Najib Tun Razak..

Mungkin kerana UMNO/BN tahu walau apapun yang dilakukan oleh mereka terhadap Anggota Tentera hatta meletakkan tempat tinggal keluarga mereka walau di dalam kontena sekalipun undi pos dari Anggota Tentera tetap kepada UMNO/BN.

Jadi kebajikan mereka tak perlu dijaga.. bak kata orang utara "Mampuih pi kat hang!!"..

7 comments:

  1. ... Begitu juga dengan mereka yang telah berpencen dengan kadar bayaran pencen masih dibawah kemiskinan...???

    ReplyDelete
  2. Melainkan pegawai2 tinggi (Col & keatas)...

    ReplyDelete
  3. Mohon kaji semua kadar bayaran pencen "askar laskar, Bentara, Perwira & Panglima SPB YDP AGONG (ATM) agar dihitung dengan scale tangga gaji yang sedang diberlakukan sekarang pada semua pangkat & perjawatan... terutama mereka2 yang telah berpencen wajib dengan terhormat lebih dari 10 tahun dahulu, yang masih hidup dengan kos sara hidup & kos pengajian anak selepas pencen melambung tinggi... Hujah @ Alasan yang sama yang dikemukakan oleh ahli Parlimen & meluluskan serta merta untuk diri sendiri... ???

    KEADILAN PERLU DITEGAKKAN
    ... KEADILAN JANGAN SAMPAI DITUNTUT ???

    ReplyDelete
  4. JANGAN SALAHKAN VATERAN ATM...

    Seluroh Pertubohan / Persatuan / Kelab NGO Vateran ATM berhak menyatakan pendirian ahli mereka... kemudian membuat pengistiharan terbuka...
    "MENYOKONG 0r MENOLAK UMNO-BN ???...

    ReplyDelete
  5. Permohonan : Tuntutan semakan semula bayaran pencen anggota ATM yang semasa bermula pencenNya dalam scale gaji yang dikuatkuasakan masa itu... dikaji semula agar dikira dengan scale gaji semasa yang sedang dikuatkuasakan mengikut pangkat & jawatan akhir semasa mereka mula berpencen wajib...
    ... Terutama mereka yang telah berpencen wajib lebih dari 10 tahun yang dalam tempoh itu telah berlaku lebih dari 3 kali perubahan - peningkatan tangga gaji - (tangga gaji baru)

    PERKARA MASIH TERBENGKALAI SEJAK DARI SEBELUM PRU12 DULU LAGI...

    ReplyDelete
  6. Zaid Hamidi baru aje menjadi Menteri Pertahanan...
    Tak kan lah kelapa sawit dah penoh & besar merimbun... kan kan kan ???

    ReplyDelete
  7. ingatlah kawan bahwa fitnah lebih kejam dari pembunuhan …الفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ القَتْلِ…
    al-Baqarah: 191

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...