ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday 25 June 2015

Penangkapan Justo Cubaan Najib Memalukan Tun M?



Penangkapan Justo Cubaan Najib Memalukan Tun M?

justopetro-saudi1

Dikatakan, sebelum polis Thailand menyerbu kediaman dan menangkap bekas Eksekutif Petro Saudi, Xavier Andre Justo di Koh Sami, risikan dan intipan telah dijalankan berbulan-bulan lamanya. Menurut khabarnya lagi, memandangkan kes ini mempunyai kepentingan di Malaysia, perkembangan siasatan dihantar kepada Najib hampir pada setiap masa.

Jika maklumat ini benar, ia jelas membuktikan bahawa kes ini sudah berada dalam pengetahuan Najib lama sebelum polis Thailand melakukan tangkapan. Najib juga tahu maklumat yang digunakan Tun Mahathir selama ini adalah maklumat yang dibekalkan oleh Xavier.

Kita yakin Xavier yang membekalkan maklumat perniagaan palsu mengenai transaksi antara Petro Saudi dan 1MDB ini kepada Tun Mahathir kerana blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa, seorang pegawai khas Tun Mahathir sering berulang alik ke Thailand untuk bertemu dengan Xavier.

Persoalannya, kenapa Najib tidak awal-awal mematahkan hujah Tun Mahathir dengan mendedahkan Xavier? Apakah ini cubaan Najib untuk memalukan bekas Perdana Menteri ke empat tersebut? Kalau dari awal Najib mendedahkan peranan Xavier, sudah tentu Tun Mahathir tidak akan dikecam macam-macam seperti yang berlaku hari ini.

Sekalipun kalau alasan Najib tidak mendedahkan Xavier awal-awal kerana bimbang menganggu siasatan polis Thailand, Najib boleh sahaja meminta warga Swiss tersebut ditangkap awal-awal sebelum Tun Mahathir terlanjur menggunakan dokumen palsu yang dibekalkan Xavier untuk mendesak perletakan jawatannya.

Tun Mahathir tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana beliau mungkin tidak tahu bahawa maklumat itu adalah palsu. Kredebiliti Xavier sebagai bekas eksekutif kanan Petro Saudi yang mempunyai banyak transaksi dengan 1MDB, tidak boleh disangkal.

Jangan kata manusia hebat seperti Tun Mahathir, sesiapa pun boleh tertipu dengan latar belakang seperti itu.

Yang perlu disalahkan sekarang ialah Najib kerana dia sengaja membiarkan Tun Mahathir menggunakan maklumat yang dia sendiri ketahui palsu kerana enggan mendedahkan Xavier. Kalau awal-awal Najib kata maklumat itu palsu kerana diperolehi dari Xavier, sudah tentu perkara memalukan ini tidak akan menimpa Tun Mahathir.

Posted By negara rakyat June 25, 2015 at 8:22 am

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...