ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday 29 June 2015

10 Soalan Yang Tiada Kaitan Dengan Kisah Pemalsuan Dokumen dan Email Oleh Bekas Pengarah Petrosaudi.


10 Soalan Yang Tiada Kaitan Dengan Kisah Pemalsuan Dokumen dan Email Oleh Bekas Pengarah Petrosaudi.

Daripada memilih untuk menjawab soalan yang sah, 1MDB nampak nya memilih untuk MEMESONGKAN perhatian rakyat dengan kisah berkenaan seorang bekas pengarah Petrosaudi yang konon nya cuba memeras ugut syarikat bekas rakan kerjasama 1MDB tersebut. Setakat ini kita tidak tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar berkenaan kisah tersebut.

Apa pun cuba semak soalan soalan di bawah dan adakah ianya mempunyai sebarang hubung kait dengan kes di atas.

1. Kenapa 1MDB membeli 40% pegangan bernilai USD1 billon di dalam Petrosaudi, sebuah syarikat yang tidak memiliki apa apa aset kecuali hutang berjumlah USD700 juta daripada anak syarikat nya Good Star yang konon nya di pinjam 2 hari sebelum 1MDB membayar sepenuh nya pelaburan tersebut.

2. Mengapa usahasama dengan Petrosaudi tersebut di batalkan tak sampai 6 bulan kemudian?. Dan wang pelaburan USD1 billion yang sepatutnya di kembalikan telah di tukar menjadi nota murabahah atau pinjaman kepada Petrosaudi yang jumlah nya kemudian di tambah menjadi USD2.05 billion.

3. Apa yang telah berlaku kepada pulangan dari penebusan portfolio pelaburan (dari USD2.05 billion yang di pinjamkan pada Petrosaudi) beserta keuntungan nya yang berjumlah hampir RM8 billion di Cayman Island?. Jika ianya di dalam bentuk unit, kami ingin tahu unit apakah ianya dan berapakah nilai unit unit tersebut? Dan adakah unit tersebut dengan mudah boleh di tukar ke tunai?.

4. Mengapa 1MDB menerbitkan bon dan membayar hampir 12% belanja pengurusan kepada Goldman Sach berbanding kadar biasa dan maksima bagi penerbitan bon yang serupa iaitu pada kadar 2%. Dan entiti kerajaan yang lain di ketahui hanya perlu membayar 0.5% biaya pengurusan.

5. Dan bagaimana 1MDB cuma mendapat 60% dari hasil penerbitan bon yang berjumlah USD4.74 billion (RM18 billion) tersebut?. Mengapa perlu di simpan sebahagian besar dari jumlah tersebut dengan Kumpulan Aabar sebagai jaminan kepada bon tersebut?. Adakah itu membuktikan yang ‘credit rating’ 1MDB begitu rendah dan 1MDB begitu terdesak untuk memperolehi dana?.

6. Bagaimana 1MDB akan membayar kesemua hutang nya bila aliran tunai nya tidak begitu deras mengalir?. Aset 1MDB di nilai pada RM52 billion. Tetapi penilaian aset tersebut adalah berdasarkan ‘nilai masa hadapan’ apabila aset seperti tanah di TRX, Sg Besi, Kelang dan Pulau Pinang telah di bangunkan sepenuh nya. Dan kita tahu sehingga hari ini belum ada sebutir batu bata pun telah di naikan di kedua tanah tersebut.

7. Bagaimana 1MDB akan membiayai pembangunan aset aset tersebut sedangkan 1MDB ketika ini menghadapi masalah hanya sekadar untuk membayar faedah kepada pinjaman nya yang kini berjumlah RM2.7 billion setahun.

8. Mengapa 1MDB tidak membatalkan penjualan tanah nya kepada Tabung Haji dan memulangkan semula wang pembelian memandangkan TH jelas sedang berhadapan dengan masalah untuk menjual semula tanah tersebut?

9. Bagaimana 1MDB akan menyenaraikan EDRA Energy dengan hutang berjumlah RM17 billion di bawah tanggungan nya?. Siapa kah yang pelabur yang waras pemikiran nya akan melanggan saham syarikat tersebut.

10. Mengapa 1MDB membayar melebihi harga pasaran segala janakuasa nya dan adakah lebihan dari pembayaran tersebut di ‘pulangkan’ semula ke Yayasan 1Malaysia di dalam bentuk ‘sumbangan’?. Dan adakah Yayasan 1Malaysia mengunakan ‘sumbangan’ tersebut semasa PRU13?.

Itulah soalan soalan nya. Cuba semak adakah di antara soalan soalan tersebut yang mempunyai hubungkait dengan dokumen dan emails yang konon nya telah di ‘ubah suai’ mahupun peras ugut oleh bekas pengarah Petrosaudi.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...