Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelasan
Tuesday, June 30, 20150 comments
Saya ingin merujuk kepada sebahagian Jawapan 1MDB kepada dakwaan Tony Pua berkaitan Jaminan Kerajaan ke atas urusniaga dengan IPIC. Tujuan saya BUKAN untuk mempertikaikan mana2 pihak. Bagi saya kenyataan 1MDB itu saya terima.
Cuma saya inginkan gambaran yang lebih jelas dan beberapa persoalan yang berkaitan kenyataan itu yang bagi saya, memerlukan penjelasan yang tuntas dari pihak 1MDB.
Masalah dengan isu 1MDB ini, tidak ada satu jalan cerita yang penuh, setiap kali 1MDB jawab, mereka akan hanya jawab khusus kepada persoalan sedangkan banyak perkara yang berkaitan juga perlu dijelaskan supaya rakyat mendapat THE WHOLE PICTURE akan urusniaga 1MDB.
Saya harap ada pihak yang sanggup jawab supaya sekurang2nya, buat pertama kali sejak isu 1MDB jadi hangat, rakyat boleh mendapat satu cerita lengkap berkaitan urusniaga antara 1MDB-Aabar/IPIC terutama berkaitan bon/pinjaman USD3.5 billion yang diuruskan oleh Goldman Sachs.
Mungkin 1MDB sudah menjawab persoalan2 yang saya timbulkan namun saya percaya jawapan2 itu berterabur dalam beberapa kenyataan mereka, maksud saya tidak dikumpulkan dalam SATU artikel supaya jelas gambarannya.
Di bawah adalah penjelasan 1MDB:
1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.
2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah. Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini.
a - Kenapa begitu tinggi faedah ? Adakah angka USD2 billion itu merujuk kepada bon USD1.75 x 2 = USD3.5 billion itu saja atau ia termasuk faedah untuk pinjaman lain ? Sebab jika USD2 bil itu adalah faedah kepadapinjaman USD3.5 bil, ini bermakna kadar peratusannya adalah 57% !
Lebih dari setengah nilai pokok ! ?
Benarkah Kerajaan tidak beri jaminan tapi kerajaan meminta Aabar ( Abudhabi ) yang tolong jaminkan ? Aabar pula kenakan bayaran menjamin dalam bentuk :
b - Deposit sebanyak RM4.2 bil sebagaimana yang disebut oleh Arul baru ini
OK.... apakah deposit itu dipegang oleh Aabar dalam bentuk tunai ? Selama tempoh matang bon yang diterbitkan iaitu 10 tahun ?
Banyak faedah yang mampu dijana oleh nilai RM4.2 bil kalau diletakkan dalam simpanan tetap selama 10 tahun ...... siapa yang dapat faedah itu ?
c - OPTION memiliki 49% pegangan Edra. Option ini sudah ditebus oleh 1MDB melalui beberapa kali bayaran. Menjadi tanda tanya berapakah JUMLAH yang harus dibayar dan berapakah yang telah dibayar oleh 1MDB untuk menebus kembali OPTION itu ?
Kali pertama dibayar melalui satu pinjaman USD250 juta pada bulai Mei 2014, kali keduanya dibayar dari bahagian pertama dana Cayman yang ditebus tapi tidak dinyatakan berapakah nilainya, dan kali ketiga melalui pinjaman konsortium Deustch Bank sebanyak USD975 juta.
TheStar 11/11/2014 |
Jika benar fakta di atas, tidakkah ia merupakan satu bentuk urusniaga yang MERUGIKAN rakyat Malaysia ?
Maaf kalau saya bertanyakan ini - Kenapa begitu terdesak 1MDB hendak teruskan juga penerbitan bon2 itu kalau begitu teruk syarat2nya ?
Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Sebelum ini saya telah paparkan satu kenyataan dari London Stock Exchange mengenai perjanjian hutang IPIC-1MDB ( Debt Settlement Arrangement ). Walau pun dana dari IPIC itu dinafikan sebagai hutang namun kenyataan LSE menyatakan ia adalah satu hutang / debt.
d - Benarkah apa yang disebut melalui kenyataan LSE di bawah ?
on 4 June 2015, IPIC provided US$1 billion to 1MDB for 1MDB to utilise immediately to settle certain of its liabilities (the Cash Payment);
· from 4 June 2015, IPIC has assumed the obligations to pay (on an interim basis) all interest due under two IPIC guaranteed 1MDB financings amounting to US$3.5 billion in aggregate principal amount (the Notes);
· upon the completion of the transfer of assets as described below, IPIC will directly assume liability for all payment obligations under the Notes (the Assumption of Debt) and forgive certain financial obligations of the 1MDB Group to the IPIC Group (the Debt Forgiveness); and
· by 30 June 2016, IPIC is to have received a transfer of assets with an aggregate value of an amount which represents the sum of the Cash Payment, the Assumption of Debt and the Debt Forgiveness.
KATAKANLAH aset2 yang bakal di JUAL kepada IPIC pada 30 June 2016 adalah aset IPP yang mana dibayar sebahagiannya melalui terbitan bon2 USD3.5 bil tadi, apakah 1MDB masih perlu bayar jumlah pokok pinjaman USD3.5 bil itu ?
Bagaimana dengan deposit RM4.2 bil yang dipegang oleh Aabar ?
Saya bertanyakan itu kerana 1MDB hanya sebut bab kejayaan bayar hutang ( menggunakan duit Aabar ) tapi tidak sebut langsung apakah KOS yang terpaksa ditanggung.
Membaca kenyataan 1MDB di atas, saya fahamkan rundingan MASIH berjalan mengenai KOS itu walaupun duit USD1 bil sudahpun 1MDB terima untuk melangsaikan hutang. Saya cuma mampu berharap pihak 1MDB yang melakukan rundingan itu tidak sewenang2nya menjual aset negara begitu saja.
Ya, hutang 1MDB mungkin akan berkurangan dengan banyak tapi apakah itu satu bentuk kejayaan ? Masih banyak lagi hutang tertunggak .......
e - Apakah untung yang mampu di raih melalui penubuhan 1MDB setakat ini jika mengambil kira perkara2 di atas ?
Artikel ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran saya mengenai urusniaga 1MDB-Aabar/IPIC/AbuDhabi. Diharap pihak 1MDB baca ini dan dapat berikan penjelasan yang memuaskan.
PS - Mungkin jawapan mudah adalah Tunggu Audit! tapi memandangkan pihak 1MDB amat bermurahhati dengan maklumat2 sejak akhir ini, maka saya cuba nasiblah dengan bertanya.
No comments:
Post a Comment