ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday 29 June 2015

MAHU SELAMATKAN UMNO ATAU NAJIB DAN BININYA?


MAHU SELAMATKAN UMNO
ATAU NAJIB DAN BININYA?
Tali hayat politik Najib hanya satu saja. Dia tunda pemilihan UMNO 18 bulan lagi dengn harapan dia kekal sebagai presiden UMNO merangkap PM. Dalam masa 18 bulan ini dia kan menempatkan berbagai kroninya, yang korup, yang kudis buta, tokak dan bisul bernanah sebagai calon menghadapi PRU 14. Dia akan menyingkirkan semua musuh politiknya, termasuk Muhyiddin, Shafie Apdal dan lain-lain dari kabinet.
 Dalam masa 18 bulan ini dia akan mencari jalan apa saja untuk mengatasi kemelut skandal 1MDB yang menjadi bala kepadanya dan juga negara. Ada orang berkata dia akan gunakan kutipan GST yang berjumlah berbilon ringgit itu untuk membayar hutang 1MDB untuk membersihkan dirinya. Walau pun dia berkokok mengatakan 1MDB akan dapat atasi hutangnya berbilion ringgit pada tahun ini namun rakyat tidak yakin dengan janjinya itu. Secara sinis ada orang berkata kalau dia bela toyol sekali pun para toyol mungkin protes kerana tidak mampu mengumpul RM42 bilion untuk membayar hutang 1MDB! 

Tujuan Najib jelas. Dia hendak memperalatkan UMNO untuk menyelamatkan dirinya dan Rosmah dengan harapan rakyat akan memberi kemenangan kepada BN. Kalau BN kembali berkuasa ia dan Rosmah kembali ke Putrajaya dan akan bermaharajalela seperti sekarang. Dikatakan kira-kira 107 orang MP sudah bersedia mengadakan undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen kelak. Mereka hanya mencari kira-kira 10 orang lagi untuk mendapat suara yang lebih kuat bagi menyingkirkan PM yang paling lemah dalam sejarah politik Malaysia. 

Ini cara paling cepat menyingkirkan Najib secara demokratik. Kalau Allah memberkati puak ini maka usia politik Najib sebagai PM lebih pendek lagi. UMNO dapat diselamatkan dari kekalahan teruk pada PRU 14 akan datang sekiranya Najib terus berkuasa. Inilah cara terbaik untuk menyingkirkan Najib sebagai presiden UMNO. UMNO dapat diselamatkan, dan kuasa politik Melayu akan terpelihara selepas PRU 14 sekiranya barisan pemimpin baru yang dinamis, berilmu, tidak korup, berpegang pada tali Allah, anti Zionis dan US berkuasa di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...