ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 29 June 2015

Soalan yang perlu dijawab Disebalik tidak menjawab kepada soalan-soalan sah IMDB

ISNIN, 29 JUN 2015 #SupportTunMahathir : 


Soalan yang perlu dijawab Disebalik tidak menjawab kepada soalan-soalan sah yang diajukan, 1MDB kini cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat melalui cerita terperinci tentang seorang bekas pengarah yang didakwa cuba memeras wang daripada 1MDB. Walaupun kita tidak tahu kebenaran atau kepalsuan cerita itu, apa yang rakyat ingin tahu antara lain adalah:

i. Mengapa 1MDB membuat keputusan untuk membeli kepentingan 49% dalam sebuah syarikat yang nilainya teramat rendah serta mempunyai hutang sebanyak 700 USD yang diwujudkan oleh syarikat induknya dua hari sebelum 1MDB membayar harga pembelian?

ii. Apa yang berlaku kepada hasil penebusan portfolio super duper 1MDB di Pulau Caymen? Jika ia wujud dalam bentuk "unit", kami ingin tahu apakah unit itu dan berapa nilai unit tersebut.

iii. Adakah unit-unit dengan mudah boleh ditukar kepada tunai?

iv. Mengapa 1MDB mengeluarkan bon dan membayar yuran pengatur 12% sedangkan kadar caj semasa bagi penerbitan bon kepada pengatur adalah maksimum 2% sahaja, malah ada entiti lain yang diketahui hanya dibayar 0.5% yuran kepada pengatur?

v. Dan kenapa pula pula 1MDB hanya mendapat kira-kira 50-60% daripada hasil terbitan bon yang dikeluarkan itu? Kenapa 1MDB perlu mendeposit sebahagian daripada hasil bond tersebut dengan Aabar sebagai syarat untuk Aabar jamin pengeluaran bon tersebut? Bukankah itu satu tanda bahawa penarafan kredit 1MDB adalah begitu rendah dan ada menunjukkan bahawa 1MDB amat terdesak untuk mendapatkan wang?

vi. Bagaimana 1MDB akan membayar balik atau mengurus semua hutang-hutangnya dalam keadaan aliran tunai 1MDB yang tidak benar-benar mengalir?

vii. 1MDB memberitahu bahawa nila aset semasa 1MDB adalah sekitar 52b ringgit. Tetapi penilaian itu adalah berdasarkan kepada nilai masa depan hanya apabila aset-aset itu dimajukan. Bagaimana 1MDB akan membiayai pembangunan aset-aset tersebut walhal 1MDB tidak mampu menguruskan hutang-hutang yang ada sekarang?

viii. Mengapa 1MDB tidak boleh memutuskan untuk membatalkan jualan asetnya kepada Tabung Haji dan mengembalikan wang tersebut kepada TH, apabila didapati TH jelas mempunyai masalah untuk menjual semula aset tersebut?

ix. Bagaimana anda akan mengapungkan Edra yang dalam masa yang sama menanggung hutang sebanyak 17 bilion yang diletakkan di dalamnya? Siapa yang sasaran 1MDB yang bakal melanggan saham-sahamnya?

x. Mengapa 1MDB membayar melebihi harga pasaran ke atas pembelian beberapa IPP? Apakah berlaku pembayaran kembali kepada Yayasan 1Malaysia dalam bentuk derma? Dan adakah Yayasan 1M menggunakan sumbangan tersebut untuk bantuan dalam GE13 yang lalu. Ini adalah soalan-soalan yang sering ditanya. Semuanya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pemerasan atau e-mel yang telah diganggu. Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2015/06/supporttunmahathir-soalan-yang-perlu.html#ixzz3eQrkY376


Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...