ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 24 June 2015

Kenapa ringgit malaysia jatuh teruk, soal Profesor Agus Yusoff

Kenapa ringgit malaysia jatuh teruk, soal Profesor Agus Yusoff


Komen kenapa ringgit malaysia jatuh: Kerana dijatuhkan…semudah itu sahaja dan ada ribuan sebab lainnya yg boleh disenaraikan. Dari segi politik terutama sekali adalah tunjang kepada kejatuhan ini yg melibatkan polisi dalam negara dan sikap pemegang ringgit terbesar itu sendiri di kalangan orang kayanya.  Apa komen pembaca MRM….
Klik sini baca politik minyak sawit
Klik sini baca politik wang 
Faktor Emas yg paling lembab dimonopoli oleh kerajaan Msia tidak spt negara China / ICBC
Faktor minyak mentah
Faktor Iskandar Malaysia
Faktor Anwar
Faktor Najib tidak sanggup ke LSE dan NYSE hanya dengan satu lawatan imej.
Faktor DAP
Faktor UMNO
Faktor BN
Faktor Perkasa
Faktor BNM
Faktor budak budak Yuppies di pejabat ratings…
Faktor PEMANDU
Faktor IMDB
Faktor Kristian / Vatican dan Pope
Faktor bla bla bla bala…sila tambah sendiri dan semua tahu…..kemudian hidup melayu
Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff – Gambar Sinar Harian
SHAH ALAM – Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.
Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.
Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.
” Namun hari ini saya ke ‘money changer’. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.
“Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama,” katanya dalam entri terbaru Facebooknya.
Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.
“Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.
“Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.
“…bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti,” tegasnya.
Sumber Sinar Harian
PM perlu perjelas status hutang 1MDB – Malaysiakini / Malaysian Insider
DAP hari ini meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM38.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK sehingga mencapai 70 peratus.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar), berkata jaminan pinjaman yang begitu besar dan tidak dijelaskan oleh kerajaan persekutuan mengakibatkan agensi Fitch Ratings menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada ‘stabil’ menjadi ‘negatif’.
“Fitch mempersoalkan hutang yang tidak disenarai rasmi melalui jaminan kerajaan sehingga mencecah hampir RM150 bilion, yang meningkatkan jumlah hutang rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung 2012.
“Kerajaan Malaysia mengecilkan jumlah hutang kerajaan persekutuan dengan tidak mengambil kira hutang yang tidak disenarai secara rasmi sebagai sebahagian daripada hutang kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, jika kedua-dua hutang rasmi kerajaan dan hutang yang dijamin kerajaan dikira bersama, kadar hutang kerajaan persekutuan terhadap KDNK akan mencecah 70%, bukan 54 peratus seperti didakwa, malah menyalahi undang-undang yang menetapkan takat statutori sebanyak 55 peratus sahaja.
Katanya, kebanyakan hutang yang dijamin kerajaan ini berpunca daripada instrumen kewangan seperti pinjaman 1MDB bernilai AS$12 bilion atau RM39 bilion melalui terbitan bon.
“Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih tidak tahu siapa pihak pengurusan serta status pinjaman RM39 bilion yang dijamin oleh mereka, terutama sekali sama ada 1MDB menghasilkan sebarang keuntungan yang boleh dijadikan wang tunai.
“Khabar angin bahawa 1MDB dikaitkan dengan kroni muda kepada pimpinan BN memerlukan perkiraan penuh bagi dana awam yang begitu besar berjumlah RM39.5 bilion atau hampir RM1,500 untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Malaysia,” katanya.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, demi kepentingan nasional serta menjulang prinsip akauntabiliti dan ketelusan, penjelasan perdana menteri diperlukan bagi mengetahui status semasa 1MDB.
Penghujung Julai tahun ini, Fitch menilai unjuran kredit Malaysia berubah daripada stabil ke negatif berikutan kemungkinan kelemahan kewangan awam selepas Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).
Berita itu muncul selepas ringgit Malaysia jatuh ke paras rendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan 15 tahun rendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...