ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 10 June 2015

Arul Tak Jelaskan Yang Ini - Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

Arul Tak Jelaskan Yang Ini - Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

Wednesday, June 10, 20150 comments



Arul Kanda sudah mengaku bertanggungjawab atas Flip Flop Menteri Kewangan dalam isu Tunai-Aset-Unit.

Mengakui adanya kekeliruan berkenaan hal dana di Kepulauan Caymen, Arul Kanda berkata dia mengambil tanggungjawab penuh dalam masalah itu.

“Sebagai Presiden, salah faham ini merupakan tanggungjawab saya dan saya akan cuba memastikan adanya komunikasi yang lebih baik dengan pemegang saham.

"Tambahan pula, seperti yang dijelaskan oleh MOF, langkah-langkah yang bersesuaian telah dilaksanakan untuk mengelakkan perkara ini berulang pada masa akan datang," katanya
. - astroawani.


Di bawah pula jawapan Arul di laman 1MDB -

Tun Mahathir stated in his blog that a Parliamentary response submitted by the Ministry of Finance was subsequently amended. This has been previously acknowledged by the Ministry of Finance, and occurred due to confusion around some information provided by 1MDB. As the President of the company, I take full responsibility for this misunderstanding, and will ensure better communication with all stakeholders. Furthermore, as clarified by the MOF, appropriate steps have already been implemented to prevent this happening again in the future.




Hmmmm .... Arul nak sebut kesilapan itu pun malu ! Katanya kesilapan itu berpunca dari salah faham akan maklumat yang diberi oleh 1MDB.

Kenapa saya terasa seperti satu kesukaran di pihak Arul untuk mengakui salah ?  Pertama - Arul tidak sebut langsung tentang kenyataan kepada media 1Malaysia baik media perdana maupun media sosial yang beliau menyebut pada 7 Februari lalu -

“Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

atau dalam omputih sepertimana tertera di laman 1MDB -

"The cash is in our accounts and in US dollars. I can assure you (about that) . . . I have seen the statements," 


Kenapa yang ini tidak Arul perjelaskan ? Tidak semudah itu untuk tarik balik kenyataan dan ubah ikut suka hati. 

Cuba baca balik apa Arul kata di atas, beliau begitu YAKIN dan mahu MENYAKINKAN rakyat 1Malaysia bahawa dalam akaun BSI itu adalah wang tunai kerana SAYA BOLEH YAKINKAN ANDA KERANA SAYA TELAH MELIHAT PENYATANYA.

Mohon Arul jelaskan ayat di atas !

Sebagai seorang career banker yang berjaya ke peringkat antarabangsa hingga ke ABUDHABI dan kemudian bertanggungjawab ke atas harta rakyat Malaysia bernilai berbillion2 ringgit, bagaimana mungkin Arul boleh tersilap lihat dan tersilap baca penyata bank !?

Penyata apa yang Arul lihat itu ? Adakah Arul tersalah lihat penyata ( satu alasan paling bangang ) atau adakah Arul tersalah baca penyata akaun syarikat lain ( juga alasan paling bangang ) atau Arul sememangnya ..... xxxx ( entah, tak reti nak tulis apa )

Dan kenapa Arul mengambil masa 4 bulan untuk membuat pengakuan silap ? Eh, Arul tidak mengaku silap buat kenyataan itu, Arul cuma menjelaskan kesilapan di pihak Najib sebagai  due to confusion around some information provided by 1MDB .

Itu pun satu lagi ayat yang boleh kita pertikaikan ...... confusion / salah faham ?

Samada maklumat yang diberikan oleh 1MDB itu yang SALAH atau pegawai2 Kementerian Kewangan yang bodoh atau Menteri Kewangan yang BLUR atau kesemuanya sekali ?

Salah maklumat - ya, mungkin.....  maksud saya 1MDB yang hantar salah maklumat kemudian pegawai Kementerian Kewangan tanpa sebarang usul periksa terus copy dan guna nama serta tandatangan Menteri kemudian hantar ke Parlimen

Salah faham ? - Tak masuk akal ! Hanya mereka yang buta mata hati dan sanggup telan apasaja yang diberi oleh Najib/1MDB saja yang boleh terima. Rakyat yang berfikiran waras akan berfikir dua kali.

Satu lagi, kenapa KESILAPAN itu tidak diperbetulkan sebaik saja kenyataan bertulis Parlimen itu disiarkan pada bulan Mac ?

Oya juga Kenapa KESILAPAN kenyataan Arul pada bulan Februari tidak diperbetulkan sebaik saja di sebarkan oleh seluruh media 1Malaysia ?

Jadi saya harap Arul dapat menjelaskan perkara ini. Lebih baik kalau Arul dapat tunjukkan kepada kita apakah Penyata yang beliau lihat pada bulan Februari dan penyata yang sebenar yang menunjukkan aset itu adalah Unit yang bernilai USD1.103 bil. You owe that to the rakyat to regain your credibility !


Tak semudah itu untuk mengaburi fikiran rakyat ..... seperti yang saya katakan sebelum ini, ada beberapa peringkat yang perlu dilalui untuk dana itu ditransfer masuk ke akaun BSI dan setiap peringkat memerlukan dokumen serta tandatangan.

Sebagai Presiden, Arul pasti telah meneliti dan  membuat pengesahan ..... jadi amatlah tidak masuk akal untuk Arul nyatakan dengan penuh yakin dan sombong -

“Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”

PS - Oya, semua di atas tidak juga menjelaskan kenyataan Najib yang kata peraturan Bank Negara Malaysia menyusahkan  ! Yang ini apa ? Najib sengaja memandai2 tokok tambah ?


 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...