ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday 27 June 2015

Najib PM Paling Boros, Rakyat Tanggung Beban (Kupasan Siapa Najib)


Najib PM Paling Boros, Rakyat Tanggung Beban (Kupasan Siapa Najib)

SUARAKAMI 07:18 BLOGGER


Artikel ini berpandukan tulisan akhbar Indonesia mengenai Najib

Sikap boros diamalkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca kemelut ekonomi dan beban kewangan yang ditanggung rakyat.

Najib gemar membazirkan dan menggunakan wang kerajaan sewenangnya, sedangkan rakyat menanggung tekanan ekonomi hasil daripada langkah kerajaan menarik balik subsidi dan menaikkan harga barang.

Antaranya, tindakan Najib membayar jutaan ringgit kepada perunding luar negara selain mengeluarkan belanja besar bagi penggunaan pesawat mewah.

Perbelanjaan yang berlebih-lebihan menjadi salah satu punca negara dan rakyat terpaksa menangung kemelut ekonomi yang teruk.

Ini akibatnya apabila pentadbiran negara dan kewangan tidak dijalankan secara cekap, pemimpin boros membelanjakan wang rakyat melalui tindakan-tindakan yang tidak jelas hasil dan manfaatnya.
Merujuk laporan portal Indonesia baru-baru ini yang mencatatkan kedudukan Najib Razak dalam carta ‘top 5′ pemimpin dunia yang berbelanja paling boros.

Najib juga dilaporkan sebaris dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang akan merayakan ulang tahun ke-90 pada tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Kelemahan pentadbiran Najib dan keborosannya berbelanja turut mendapat kritikan daripada pemimpin Umno sendiri, seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Najib bukan setakat tidak perihatin terhadap masalah rakyat, tetapi gagal mentadbir dengan baik.

Najib perlu berundur secara terhormat ekoran kegagalannya mentadbir negara.

Kegagalan Najib mentadbir negara menyebabkan ekonomi makin tidak menentu, malah peningkatan harga barangan keperluan akibat kelemahan pentadbiran ekonomi membuatkan rakyat semakin terbeban.

Rakyat mendesak supaya Perdana Menteri berundur secara terhormat, lebih-lebih lagi apabila kini beliau diserang dari dalam umno sendiri.

UNDUR NAJIB...UNDUR NAJIB....

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...