ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday 25 June 2015


PENANGKAPAN XAVIER BEKAS PEKERJA PETROSAUDI TIDAK AKAN MEMADAMKAN PEKONG DAN MUSLIHAT IMDB.

Dengan terpaparnya cerita penangkapan Xavier itu, Pro IMDB dan Penjilat Najib bergempita sekelian Alam menyatakan bahawa cerita Pemalsuan Dokumen IMDB akan terbongkar dan Tun Mahathir dan Portal yang telah menyiarkanya akan diambil tindakan.

Mereka mendakwa semua Artikel dan Berita yang disebarkan oleh Serawak Report dan Tun M adalah semuanya palsu. Amat mmemalukan melihat Biawak peliharaan Najib amat bangang dan cetek akal, kecuali Lidah Bercabang sahaja yang panjang. Sekali lagi amat kesian kepada mereka yang mempunyai lidah bercabang yang panjang, tapi hanya boleh mmengesan bangkai sahaja. Mereka bukan sahaja hanya dapat mengesan bangkai, tapi memakannya juga.

Bermacam cara mereka cuba untuk memutarkan lidah mereka, tetapi akibat telah amat biasa dengan bangkai, orang masih dapat mengesannya kerana memang bau badan mereka juga seperti bangkai.

Dengan penangkapan Xavier itu adalah jelas bahawa mereka amat takut sekiranya lebih banyak maklumat baru yang bakal muncul serta akan membantutkan Rekayasa Dokumen dan Alasan untuk dipersembahkan kepada pihak penyelidik.

Kemungkinan dengan penangkapan Xavier itu, mereka juga bakal mengetahui sejauh manakan kebocoran yang telah berlaku. Dengan ini bukan sahaja tujuan menyekat kebocoran yang semakin mmendesak, mereka boleh sediakan jawapan yang mereka perlukan untuk dikemukakan pada siasatan nanti.

Oleh itu bergempitalah kumpulan Biawak Kabok ini seketika, tetapi mereka lupa bahawa tiada apa pun yang dapat diubah dengan penangkapan ini, selain serangan balas yang bakal membuka bangkai-bangkai busuk IMDB akan lebih teserlah dengan lebih banyak.
Ungkapan dan Paparan semula keraguan yang membabitkan IMDB dan Najib Razak akan lebih banyak dipaparkan dan ini akan membuat rakyat akan menilai semula setiap perkara yang dibangkitkan, malah pembara baru yang sebelum ini tidak tahu akan mendapat maklumat yang lebih jelas dan tersusun dalam setiap Isu.

Maka Artikel Lampau berkenaan IMDB dan pembabitan PETROSAUDI akan diRETRO semula bagi menjawap semua alasan dan dakwaan Puak Pemakan Bangkai ini.

Contohnya"

1.http://kakaktua800.blogspot.com/…/kisah-1mdb-lebih-pelabura…

2.http://kakaktua800.blogspot.com/…/jho-low-larikan-as-700-ju…

3.http://kakaktua800.blogspot.com/…/menteri-kewangan-luluskan…

4.http://kakaktua800.blogspot.com/…/kepada-bank-negara-duetsc…


Bukan itu sahaja, tapi akan lebih banyak hujah dan pembuktian akan dilahirkan akibat membantah serta menafikan apa yang didakwa oleh biawak-biawak ini.

Secara logiknya, adakah si Pengugut akan membuat ugutan dengan mmenggunakan Maklumat Palsu???. Memang bodohlah serta tak masuk akal sekiranya perkara itu yang dilakukan oleh siXavier itu.

Walau apapun yang pasti semua dakwaan dan keraguan asas seperti Pengambilan Tanah Kerajaan dengan harga seperti percuma, Pembelian IPP yang seperti orang Jahil Berniaga, Jumlah Hutang yang dikatakan melebih RM 42 Billion serta Faedah Pinjaman sebanyak RM 2.7 Billion itu tetap tidak berubah atau berjaya dinafikan.

Persoalan besar sekarang ialah, Adakah penangkapan Xavier ini dapat membantu IMDB atau menambah tekanan??? Dalam perkara ini, tindakan Petrosaudi adalah seperti melindungi diri mereka sendiri yang seakan-akan didapati telah membuat Penipuan yang amat terancang kepada IMDB.

Dalam masaalah ini amat jelas bahawa Pro najib tidak dapat menggunakan akal, selain lidah mereka yang amat panjang dan berbau bangkai. Mereka dengan bengapnya menggunakan Isu penangkapan ini sebagai modal bagi membersih bangkai IMDB. Mereka lupa dan jahil kerana tidak dapat mengikuti dengan akal yang baik segala apa yang telah berlaku, dan akhirnya tidak dapat bertindak pada landasan yang benar selain seperti cuba menegakkan Benang Basah yang akhirnya memalukan diri mereka dan memburukan lagi pihak yang mereka sokong.

Tiada ada apa lagi yang dapat membuat pihak IMDB memusingkan semua Fakta dan Dakwaan yang telah dilakukan, selain berdepan dengan segala penyiasatan. Tidak payahlah lagi diusahakan Pembaikan Imej PM, serta merekayasa cerita Mambang Diawan bagi mengalih fokus Isu yang dibangkitkan. Semakin banyak olah dan songeh, akan membuat rakyat bertambah marah dan meluat. Akibatnya rakyat akan bertambah kuat berusaha untuk membuktikan kerana terasa seperti DIPERBODOH kan oleh orang Bangang termasuk Najib dan Kabinetnya.Kalau setakat diperbodohkan oleh Pemakan Bangkai yang banyak merangkak itu tak juga kita hairankan.

Adalah menyedihkan untuk melihat Pro 1MDB bergegas untuk menggunakan penangkapan seorang individu untuk membersihkan dirinya daripada skandal 1MDB itu. Tiada apa yang dibersihkan lagi melainkan memberi satu gambaran bahawa Isu IMDB adalah amat serius dan melibatkan perkara yang amat buruk serta ramai yang terlibat.

Perkara yang terakhir yang perlu disentuh disini ialah, pembabitan Jho Low dalam IMDB dan Petrosaudi amat jelas dan mempunyai banyak Jejak yang sememangnya tidak boleh dihapuskan oleh Najib dan IMDB. Kaitan kesemua ini amat nyata dan mungkinkah semua maklumat itu ada ditangan Xavier ini??


Nota..Abc baru draf artikel ini dan akan edit dan tambah selepas berbuka nanti..Paler pening sikit sebab lapo dan dahaga...huhuhu

Harap Maaf.

ABC.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...