ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 11 June 2015

Kenyataan Najib Buktikan KPN Berbohong Adanya Ancaman Pada Forum Nothing2Hide


Kenyataan Najib Buktikan KPN Berbohong Adanya Ancaman Pada Forum Nothing2Hide

SUARAKAMI 11:32 BLOGGER


Akhirnya Najib membuka mulut sebab mengapa beliau tidak hadir pada forum Nothing2Hide. Dengan kenyataan ini Najib membuktikan sebenarnya tiada sebarang ancaman keselamatan.

Jadi alasan yang disediakan oleh KPN dan juga Shahidan tak lebih dari satu alasan untuk menyembunyikan hakikat bahawa Najib takut untuk berdepan dengan Mahathir.

Ikuti kenyataan Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada satu dialog terus terang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu.

Alasan itu dinyatakan dalam tulisan terbaru di blognya hari ini selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program di ibu pejabat Umno sendiri selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir pada majlis yang sama.

"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama.

"Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," tulisnya dalam rencana bertajuk "Dialog PM Bersama NGO-NGO", hari ini.

Najib turut menyalahkan perubahan format majlis itu yang dakwanya, akan memburukkan lagi pertembungan politik di antara beliau dan Dr Mahathir.

"Majlis ini bertukar format; daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Mahathir dengan saya," katanya.
Namun, Najib menegaskan beliau masih tidak gentar dan sedia berdepan dengan Dr Mahathir.

"Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau.

"Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan,"

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...