ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Thursday, 11 June 2015
Pengerusi Amanah Raya ditukar kerana enggan lulus RM2Billion pinjaman kepada 1MDB
Pengerusi Amanah Raya ditukar kerana enggan lulus RM2Billion pinjaman kepada 1MDB
SUARAKAMI 11:40 BLOGGER
Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), katanya bekas Pengerusi Amanah Raya sebelum ini, Datuk Dusuki Ahmad dikatakan dipaksa bersara pada 29 Disember 2014 atas sebab berkaitan 1MDB.
Sebelum ini Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh yang menyandang jawatan itu selama lapan tahun meletak jawatan pada 14 Mac 2012.
Beliau berkata, perletakan jawatan Dusuki dan Ahmad Rodzi disebabkan keengganan mereka memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.
Berikut adalah laporannya..
Kontroversi 1MDB semakin panas apabila syarikat pelaburan itu didapati bukan sahaja gagal membayar wang Lembaga Tabung Haji tetapi turut membuat tindakan sama ke atas RM2 bilion milik Amanah Raya Berhad (ARB).
Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata sebelum itu bekas Pengerusi Amanah Raya, Datuk Dusuki Ahmad dikatakan dipaksa bersara pada 29 Disember 2014 atas sebab berkaitan 1MDB.
“Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik menjadi Pengerusi Amanah Raya bagi menggantikan Datuk Dusuki Ahmad. Ng-Wei-Aik“
Mengikut sumber yang saya perolehi, Datuk Dusuki Ahmad dipaksa bersara atas sebab berkaitan 1MDB.
“Sebelum ini Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh yang menyandang jawatan itu selama lapan tahun meletak jawatan pada 14 Mac 2012,” kata Wei Aik dalam sidang medianya di lobi Parlimen.
Beliau berkata, perletakan jawatan Dusuki dan Ahmad Rodzi disebabkan keengganan mereka memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.
“Wang itu difahamkan hanya dilepaskan kepada 1MDB selepas ARB diterajui Datuk Seri Reezal,” katanya. Selain itu, 1MDB juga menjanjikan faedah empat peratus setahun melalui ‘IOU bill’ yang dikeluarkan kepada ARB.
Rentetan dari pemberian pinjaman tunai itu kepada 1MDB sebanyak RM2Billion itu, Amanah Raya dikatakan kini menghadapi masaalah aliran tunai..
Amanah Raya Berhad ((ARB)) menghadapi masalah aliran tunai selepas syarikat terbabit terpaksa memberi pinjaman tunai RM2 bilion kepada 1MDB.
Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata ARB memiliki rizab wang tunai kira-kira RM2.6 bilion atau 35 peratus daripada keseluruhan aset yang dimiliki sebelum memberi pinjaman kepada 1MDB.
“Aset bersih yang dimiliki ARB sebelum pinjaman dilepaskan kepada 1MDB adalah RM7.5 bilion iaitu rizab wang tunai sebanyak 35 peratus iaitu lebih kurang RM2.6 billion
“Sementara itu, hartanah 20 peratus, bon dan pulangan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).
“RM2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB adalah rizab wang tunai RM2.6 bilion yang dimiliki ARB. Pinjaman itu menyebabkan aliran wang tunai ARB mengalami masalah.
“Keadaan ini menyebabkan ARB terpaksa menjual banyak bon dan hartanah Real Estate Investment Trust (REIT) supaya rizab wang tunainya dapat dikekalkan.
“Nilai bon yang dimiliki ARB hanya lima peratus daripada jumlah aset syarikat itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Wei Aik turut menuntut penjelasan menteri terbabit kerana menurut tindakan itu menjejaskan reputasi ARB sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang dimiliki Kerajaan Persekutuan di bawah Menteri Kewangan (diperbadankan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment