ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 11 June 2015

Tol Mahal, Jangan guna leburaya kata Wahid....Ramai Menteri kena penyakit BODOH Ahmad Maslan


Tol Mahal, Jangan guna leburaya kata Wahid....Ramai Menteri kena penyakit BODOH Ahmad Maslan

SUARAKAMI 05:30 BLOGGER


Inilah Menteri yang dipilih dan dilantik oleh Najib.. langsung tidak sensitif dengan keperluan rakyat..

Apa yang difikirkan olehnya hanyalah keuntungan kroni-kroni mereka, rakyat menderita itu bukaan masaalah mereka..

Jika suatu masa dulu Menteri Ayam telah berkata, Jangan makan ayam sebab harga ayam mahal.. Menteri ini pula kenyataannya hampir sama dengan kenyataan Menteri Ayam itu..

Katanya kalau tak puas hati dengan kenaikkan harga tol, guna jalan biasa...


Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan jalan boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa jalan sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang jalan berlaku adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan jalan tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.

"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.

Abdul Wahid berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...