ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 16 June 2015

Sedihnya Punya Pemimpin Penakut Macam Najib .....

Sedihnya Punya Pemimpin Penakut Macam Najib .....

Tuesday, June 16, 201534comments




Saya teringat balik kenyataan Datuk Irmohizam mengenai penjelasan Najib semasa penjelasan tertutup Najib baru ni -


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim memberitahu, Perdana Menteri turut memberi penjelasan terperinci berkenaan perjalanan dan pengurusan 1MDB.




Penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan mengenai perjalanan 1MDB itu merangkumi kronologi, transaksi serta masa depan syarikat berkenaan, cerita Irmohizam.




Selain itu, katanya, kesemua isu termasuk tuduhan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB turut dijelaskan satu demi satu dengan terperinci.



“Kesemua mereka yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.....
.

Ayat konfiden giler seperti itu dah jadi macam klise setiap kali selepas Najib buat perjumpaan .... Ingat tak bulan Mac lalu selepas Himpunan Solidariti bersama Ketua2 bahagian Umno, ayat seperti juga yang keluar ...

Bulan April lalu, ayat sama juga keluar dari mulut Pemuda Umno ......

Bengap sangatkah pemimpin Umno sehingga 5 kali dalam tempoh 3 bulan, terpaksa Najib buat penjelasan tertutup mengenai isu 1MDB ? 

Benarkah mereka semua sudah faham ? Kalau sudah faham, kenapa mereka tidak tolong berikan penjelasan kepada rakyat ?

Satu perkara mengenai Najib dalam isu 1MDB ini yang rakyat sudah mula nampak adalah - Tidak Pernah walau satu kali pun Najib menjawab soalan terbuka secara spontan mengenai 1MDB !

Betuuul...... yang kita duk baca jawapan2 yang Najib berikan dalam Parlimen semuanya bersifat Jawapan Bertulis.

Dulu jika ada sebarang isu hangat, sibuklah Penerangan Umno dan pemimpin2 akan turun bertemu rakyat memberi penjelasan tapi dalam isu 1MDB, semua patah kaki. Yang mengaku dah faham dengan jelas pun tak berani nak bertemu rakyat. Kenapa ek ?

Mengikut apa yang tersebar dalam Wassup mengenai penjelasan Najib isu 1MDB semasa perjumpaan tertutup baru ni, tidak adalah apa yang disebut oleh Irmohizam sebagai penjelasan terperinci ! Juga tidak ada sesi soal jawab.

Jika itulah yang terbaik mampu Najib berikan sebagai penjelasan 1MDB, saya tertanya2 benarkah Najib mahu menjawab soalan hadirin jika majlis Nothing2Hide berjalan seperti dirancang baru ni ? Melainkan soalan dan jawapan sudah siap tersedia seperti mana rancangan Soal jawab TV3 dulu.....

Kemunculan Tun Mahathir merosakkan apa yang dirancang sebelum itu.... yakni, akan ada soalan yang tidak ada dalam skrip datang dari Tun Mahathir ! Mungkin itu alasan sebenar Najib tidak hadir Nothing2Hide ..... Najib TAKUT berdepan soalan spontan 1MDB.

Maka tidak hairanlah kenapa Najib juga tidak hadir di Parlimen semalam semasa penggulungan usul RMK11, Najib TAKUT berdepan soalan mengenai 1MDB !

Tidak salahlah apa yang diungkap oleh TMJ bila Najib tidak hadir Nothing2Hide -



Ia bukan satu komen politik tapi lebih kepada Sikap Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Najib. Jangan salahkan rakyat yang hilang respek dan konfiden kepada pemimpin seperti Najib jika Najib sendiri tidak menunjukkan ketegasan, keberanian dan kebertanggungjawaban sebagai pemimpin.

Tolonglah Najib .... rakyat merayu kepada anda, Tolonglah..... SATU KALI JER, berdepanlah dengan rakyat dan jawab soalan dari rakyat mengenai 1MDB. Bukan ikut skrip.

Cuba baca balik ayat di atas .... sedih bunyinya kan !


Kita bukan minta Najib berperang dengan musuh macam seorang pahlawan Bugis tapi tampil bertemu rakyat dan jawab soalan jer ... takkan itu pun TAKUT ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...