ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Sunday, 7 June 2015
Pertemuan Empat Mata Mahathir - Najib Sudah Terlambat
Pertemuan Empat Mata Mahathir - Najib Sudah Terlambat
Jika kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa hanya pertemuan empat mata antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad yang boleh menyelesaikan kemelut antara kedua pemimpin tersebut dan saranan ini mahu dipandang serius serta menggambarkan pendirian majoriti anggota kabinet, ia sebenarnya lebih memperlihatkan kegagalan semua menteri yang ada sekarang.
Di ketika mereka tidak berani menyahut kata dua Najib sama ada bersamanya atau berundur, tetapi dalam masa yang sama menunjukkan seolah-olah berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, mereka juga mengakui tentang ketidakmampuan serta kelumpuhan upaya untuk berhadapan dengan bekas Perdana Menteri yang sudah berusia hampir 90 tahun itu.
Akhirnya mereka menyerahkan kepada Najib seorang diri untuk menyelesaikan perkara itu melalui pertemuan empat mata kerana menurut Menteri Belia dan Sukan itu, tiada pihak ketiga yang dapat membantunya.
Apakah peranan menteri dan pemimpin UMNO selama ini?
Patutlah selama berbulan-bulan ini kalangan menteri lebih banyak berdiam diri dan membiarkan saja Tun Mahathir "membelasah" serta "mengganyang" Najib sehingga pahlawan Bugis itu sudah hilang seri wajah dan kelihatan cengkung tubuh badannya.
Sokongan dan taat setia menteri seolah-olah hanyalah agar jawatan mereka dalam kerajaan dikekalkan dan bukannya untuk melindungi dan mempertahankan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, saranan KJ agar diadakan pertemuan empat mata juga sebenarnya sudah terlambat untuk menjernihkan hubungan antara Najib dengan Tun Mahathir. Ia bukanlah cadangan yang baik dan bernas pada ketika ini.
Setelah berbulan-bulan, sama ada melalui percakapan dengan media, mengadakan program jelajah atau menulis di blognya, bekas Perdana Menteri itu hanya mahukan penjelasan berkaitan isu-isu yang dibangkitkannya, khususnya kehilangan wang 1MDB dan pembunuhan Altantuya.
Oleh kerana pertanyaannya tidak dijawab dan rakyat serta ahli UMNO secara majoritinya juga sudah berpihak kepadanya, Tun Mahathir kini hanya mempunyai satu matlamat saja lagi - memastikan Najib berundur sebelum PRU 14 agar UMNO dan BN dapat terus kekal berkuasa. Noktah.
Tun Mahathir juga sudah pun menyatakan tiada lagi pertemuan tertutup antaranya dengan Najib. Perkara ini sudah dinyatakan oleh Tun Mahathir sejak beberapa bulan lalu dan kini beliau hanya sedia berdebat atau berforum secara terbuka saja dengan Najib.
Takkanlah menteri muda kelulusan Oxford ini lupa tentang hakikat tersebut?
Lagi pula Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang boleh dipujuk dan dibelai selepas diadakan pertemuan empat mata itu. Sama ada diadakan pertemuan empat mata atau tidak, jawapannya tetap sama iaitu Najib mesti berundur untuk menyelamatkan masa depan UMNO dan BN.
Dengan Tun Mahathir sudah sanggup turun ke forum Nothing To Hide bersama rakyat bawahan untuk berdepan sendiri dengan Najib, ia adalah gambaran bahawa tiada lagi kompromi dalam usahanya untuk menekan dan mengasak pengunduran Perdana Menteri daripada jawatannya.
Sebagai individu yang pernah menjadi punca kejatuhan seorang Perdana Menteri sebelum ini, KJ seharusnya tidak lupa bahawa ketika Tun Mahathir mengkritik dan menyerang kepimpinan Tun Abdullah dulu, pertemuan empat mata juga pernah diadakan antara kedua-duanya tetapi pengakhirannya tetap bapa mertuanya itu perlu mengundurkan diri.
Dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan tidak pernah berganjak waima dengan pemimpin dunia sekali pun, kiranya Tun Mahathir sudah mahukan seseorang itu berundur, maka tiada apa-apa lagi yang mampu mengubah pendiriannya.
Pertemuan empat mata dengan Najib bukan saja sudah terlambat, tetapi sebenarnya sudah lama dipadam daripada kamus perkiraan Tun Mahathir.
Kiranya ingin juga memberi saranan atau kebaikan untuk masa depan UMNO, lebih baik KJ menasihatkan Najib agar cepat-cepat mengikut jejak langkah seperti bapa mertuanya dulu. (SH 08/06/2015)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment