ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 16 June 2015

PERJALANAN UMNO YANG MASIH PANJANG

DARI PANDANGAN BLOGGER
PERJALANAN UMNO YANG MASIH PANJANG
-JebatMust Die
Apabila ramai yang meminta Perdana Menteri ke 5 Malaysia (Pak Lah) meletakkan jawatan akibat prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 12, permintaan mereka adalah berasas kerana itulah pertama kalinya Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Para blogger tidak kira fahaman politik boleh dikatakan sebulat suara menyeru agar Pak Lah meletakkan jawatan. Ini diikuti oleh panggilan beberapa pemimpin Umno yang berfikir adalah lebih baik Pak Lah melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih layak dan boleh membantu Barisan Nasional di dalam pilihanraya akan datang.
Ini kerana kredibiliti Pak Lah sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri telah hancur akibat kecuaian dan kealpaan dalam memerintah Malaysia. Kepimpinan beliau adalah lemah dan tidak memberangsangkan. Para blogger dan ahli ahli Umno sendiri tidak segan silu memanggil beliau dengan panggilan yang agak janggal dan mengaibkan.
Ahli-ahli Umno juga tiada halangan untuk melihat agar Pak Lah digantikan dengan pemimpin yang lain. Parti adalah lebih utama dari individu. Jika kepalanya rosak, maka badan induknya akan rosak.
Walaupun pada mulanya Pak Lah meminta agar pelan peralihan dibuat di dalam tahun 2010, ramai ahli Umno dan para blogger memikirkan ianya terlalu lama. Ramai yang tidak sabar kerana parti harus diselamatkan segera.
Akhirnya, Pak Lah melepaskan jawatan Presiden dan secara langsung melepaskan jawatan Perdana Menteri masing masing pada bulan Mac dan April 2009.
Beberapa bulan sebelumnya, Timbalan Presiden ketika itu juga dengan aktif telah berkempen agar dirinya dilantik untuk menggantikan Pak Lah. Ya, pemimpin yang lemah wajib digantikan dengan yang baru.
Walaupun blog ini mempertikaikan mengapa jawatan Presiden tidak dipertandingkan (kerana banyak bahagian tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh), penyerahan kuasa berlaku dengan aman kepada Presiden baru, Dato Sri Najib Bin Razak.
Pengajaran yang boleh dibuat di sini adalah, ahli ahli Umno dan juga para blogger pro Umno tidak merasa cemas atau sedikit pun khuatir jika berlaku peralihan kuasa. Ini kerana adalah lebih baik jika Perdana Menteri yang banyak melakukan perkara perkara yang kurang bijak dan bertindak membelakangkan suara rakyat serta tidak berupaya untuk memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyatnya ditukarkan kepada calon Perdana Menteri yang lain.
Di dalam tahun 2015, para blogger dan ahli ahli Umno berdepan dengan dilemma yang sama. Adakah mereka perlu konsisten seperti apa yang mereka telah lakukan kepada bekas Presiden mereka yang sebelum ini, atau mempertahankan Presiden mereka walaupun dengan jelas beliau lebih lemah dari Presiden yang sebelumnya.
Hakikatnya, polisi dan taktik untuk meraih undi dan kepercayaan rakyat tidak menjadi, malah kewibawaan beliau merosot teruk dan ini terbukti di dalam pencapaian Barisan Nasional di dalam pilihanraya ke 13. Barisan Nasional juga untuk pertama kali tidak menang undi popular.
Ditambah pula dengan skandal 1MDB dan perkara-perkara sampingan yang mengundang celaan dari masyarakat, kedudukan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri kini amat lemah di kaca mata umum.
Kelemahan yang ketara di dalam aspek menjawab persoalan umum, kepincangan strategi di dalam menangani kritikan bekas Perdana Menteri ke 4, pencapaian ekonomi yang tidak mendatangkan keyakinan kepada rakyat kerana tidak bersandarkan kepada realiti kos sara hidup yang tinggi serta dikelilingi oleh menteri menteri yang celupar dan agak bebal apabila berdepan dengan sesuatu isu, telah menambahkan lagi keburukan persepsi terhadap tuan Presiden.
Ahli ahli Umno dan para blogger perlu mengingat kembali kepada perjuangan menukar pemimpin yang tidak elok untuk parti di dalam tahun 2008. Yang penting adalah jawatan Presiden, bukannya orang yang menduduki jawatan tersebut.
Tidak akan kiamat dunia ini jika Presiden bertukar ganti. Tiada yang akan hilang semuanya. Ketua ketua bahagian Umno masa kini kebanyakkannya adalah orang yang sama sejak 15 tahun dahulu. Ada juga yang masih menjadi Ketua Bahagian sejak tahun 90an.
Menantu Pak Lah pun dengan mudah mendapat jawatan menteri. Betul kata orang, jika kalah, tiada yang kalah semuanya.
Umno tidak akan hancur jika Presiden bertukar ganti. Sebagai contoh, Umno tidak hilang kuasanya apabila Tunku Abdul Rahman yang merupakan Bapa Kemerdekaan melepaskan jawatan beliau akibat prestasi buruk di dalam pilihanraya 1969. Malah, Umno menjadi lebih kuat di dalam pilihanraya seterusnya.
Perjuangan ahli ahli Umno perlu digalas untuk jangkamasa yang panjang. Apakah halatuju dan prestasi parti ini akan lebih kuat jika ahli ahli Umno dan para blogger menjadi tidak konsisten dengan berterusan mendukung biawak hidup?
Adakah meminta seorang Perdana Menteri yang lemah melepaskan jawatan hanya boleh dilakukan terhadap Pak Lah seorang sahaja dan tidak untuk pemimpin selepasnya?
Adakah prinsip di mana pemimpin yang lemah harus lah ditukar, sudah digantikan dengan prinsip pemimpin yang lemah wajib dipertahankan?
Dipertahankan untuk apa? Dan untuk siapa?
Ahli ahli Umno yang seramai 3 juta orang ini harus lah kembali kepada perjuangan yang tidak segan silu untuk mengatakan bahawa apa yang tidak betul, adalah tidak betul.
Yang kita sokong adalah ketua yang berwibawa dan berkaliber. Yang kita tidak sokong adalah ketua yang lemah, tiada keberanian dan berprestasi buruk.
Parti ini parti anda. Andalah yang akan mewarisi parti ini apabila pemimpin yang tidak elok membawa anda kepada kekalahan di tangan pengundi nanti. Perjalanan Umno sebagai salah satu parti yang memerdekaan negara akan terbantut di situ sahaja.
Parti ini parti anda. Presiden parti adalah proksi anda. Dan Perdana Menteri adalah proksi kepada semua rakyat Malaysia. Beliau lah yang patut mendengar keluhan dan persoalan kita semua. Oleh kerana Perdana Menteri tidak tahu menjiwai persoalan dan kritikan rakyat Malaysia, maka sebab itulah Perdana Menteri sekarang ini tidak mendapat kepercayaan dari mereka semua.
Pemimpin seterusnya harus menggantikan beliau. Dan Umno tidak akan hancur jika itu berlaku. Parti ini parti anda, bukannya milik Presiden seorang sahaja.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...