ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Monday, 15 June 2015
Najib tidak hadir jelas isu 1MDB semasa penggulungan Dewan Rakyat
Najib tidak hadir jelas isu 1MDB semasa penggulungan Dewan Rakyat
OLEH MD IZWAN
Published: 15 June 2015 7:04 PM
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Jun, 2015.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Jun, 2015.
Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menggantikan beliau di Dewan Rakyat hari ini.
Husni semasa penggulungan memberi penerangan mengenai aset dan langkah penstrukturan melibatkan 1MDB, khususnya langkah untuk mencairkan aset bagi menampung hutang.
Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyindir Najib dengan bertanya mengapa "pahlawan Bugis" tidak hadir ke Dewan walhal mengatakan sebelum ini beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.
"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua kerana berani, ini berbeza dengan pahlawan Bugis yang mengatakan 'nothing to hide'," kata Hanipa.
Sementara itu, beberapa ahli Parlimen PR lain juga aktif menanyakan soalan kepada Husni, termasuk wakil rakyat DAP Kluang Liew Chin Tong yang menyoal sama ada skandal 1MDB merupakan punca kejatuhan mata wang negara.
Sementara itu, ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin juga bangkit mempersoalkan beberapa isu mengenai transaksi melibatkan 1MDB, menggesa Husni menjawab dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal di Terengganu. – 15 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-hadir-jelas-isu-1mdb-semasa-penggulungan-dewan-rakyat#sthash.3eykUGY2.V2nTrlf5.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment