ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 5 June 2015

Najib memalukan diri sendiri isu forum 1MDB


Najib memalukan diri sendiri isu forum 1MDB

SUARAKAMI 11:48 BLOGGER


NAJIB TIDAK SAHAJA MEMALUKAN DIRI TETAPI JUGA ANGGOTA KABINET DAN KERAJAAN
Perdana Menteri Datuk Seri Najib bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan kehadirannya di forum terbuka Nothing To Hide tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredebiliti kerajaan.

Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat menjangka pekara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan “saya bersedia untk mendedahkan segalanya”
Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukan keberanian,keterbukaan dan” kebersihan” ,maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah.

Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti dari suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan.

Lebih memburukan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai ” Pahlawan Bugis” yang gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Tujuan utama anjuran Forum ” Nothing To Hide’ adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunykian oleh Najib disebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.

Dari awal saya mengesyaki bahawa ini adalah suatu perancangan stage manage perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya,(yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .

Mungkin oleh kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Wing penasihat baru media,maka pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang pekara-pekara yang tidak diduga akan berlaku.

Kehadiran Mahathir mungkin tidak dijangka tetapi bila forum ini dihebohkan sebagai terbuka maka saya sendiri telah bertanya bagaimana kalau Mahathir hadhir.
Sehingga pagi ini beberapa orang profesional yang mengunjungi cafe saya di presint 8 Putraya telah bertanya tentang kemungkinan itu dan saya berkata mengetahui sikap Mahathir beliau akan hadhir. Dalam perjuangan Mahathir akan turun sehingga keperingkat paling bawah, dia sanggup menjadi street fighter.

Mahathir hadhir untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa dan bukannya untuk berdebat tetapi ternyata bahawa forum ini adalah drama pentas apabila para wartawan tidak dibenarkan masuk dan kehadhiran Mahathir menjadi suatu masalah besar yang menyebabkan akhirnya forum itu terpaksa dibatalkan apabila Mahathir menggantikan Najib untuk memberi penerangan.

Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan , kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta merta di seluruh negara.

Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala(road show) di seluruh negara. Beliau akan berhadapan dengan rakyat yang tidak percaya kepadanya. Beliau berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yang gagah berani.

Perasaan demoralising ini tidak sahaja menekan Najib tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota kabinet yang merasakan diri mereka ada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yang telah hilang kepercayaan rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang perdana menteri di malukan sebegini rupa . Seluruh anggota kabinet wajib memikirkan apakah langkah yang sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dam bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...