ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Saturday, 13 June 2015
Najib Khianati Rakyat Dengan Cuba Sembunyi Rancangan Menaikkan TOL
Najib Khianati Rakyat Dengan Cuba Sembunyi Rancangan Menaikkan TOL
SUARAKAMI 10:34 BLOGGER , FEATURED , NEWS
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila cuba menyembunyikan berita kenaikan harga tol.
Hakikatnya Putrajaya juga selama ini mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol. Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat.
Najib semalam dilaporkan berkata, pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya mengkhianati kepercayaan diberi kabinet kerana ia masih belum dimuktamadkan.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi, katanya perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.
Syarat kontrak tol amat memihak kepada syarikat konsesi yang kebanyakannya terdiri daripada kroni Umno dan BN sehingga menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol setiap 2 tahun.
Diramalakan Putrajaya akan menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk dibayar kepada syarikat tol bagi mengelakkan kemarahan rakyat.
Putrajaya perlu berterus terang kepada rakyat sama ada hasil kutipan GST yang melebihi RM6 bilion sejak dua bulan lalu akan dibayar kepada syarikat konsesi tol.
Janji perdana menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST.Putrajaya juga perlu mendedahkan kontrak konsesi jika mahu menggunakan wang GST.
Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan, di mana dan bagaimana.
Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan cukai GST.
Laporan akhbar tempatan sebelum ini menimbulkan spekulasi kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment