ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Saturday, 20 June 2015
Najib Habiskan Duit Rakyat RM 2.88 Juta Jamuan Aidilfitri?
Najib Habiskan Duit Rakyat RM 2.88 Juta Jamuan Aidilfitri?
SUARAKAMI 22:33 BLOGGER
Jabatan Perdana Menteri tidak seharusnya berbelanja besar setiap tahun untuk mengadakan jamuan sewaktu rakyat terpaksa berjimat cermat untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Perbelanjaan berkenaan yang semakin meningkat setiap tahun dari RM1.71 juta pada 2009 kepada RM2.88 jutapada 2014 menunjukkan kerajaan tidak membuat penilitian ke atas perbelanjaan berkenaan.
Merujuk kepada satu jawapan bertulis menteri di Dewan Rakyat mengenai kos jamuan berkenaan, termasuk untuk sambutan rumah terbuka Aidilfitri dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota kabinet di Kompleks Seri Perdana untuk tempoh itu,
“Apakah pengiraan perbelanjaan makanan yang begitu besar itu, (adalah) standard harga makanan yang diperolehi oleh pihak kerajaan atau Jabatan Perdana Menteri?
“Apakah mereka meletakkan kos yang begitu tinggi, sedang sepatutnya peningkatan kos hidup, kita mengurangkan makanan atau mengurang harga makanan atau mencari pembekal makanan dengan herga murah.
“Saya tidak nampak daripada jumlah ini, kerajaan membuat penelitian pada setiap tahun dengan peningkatan dengan kos perbelanjaan itu,”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulisnya menyatakan kos berkenaan meningkat kepada RM2.07 juta pada 2010, RM1.69juta (2011), dan RM2.83juta (2012).
Beliau turut menjelaskan bahawa jumlah yang besar itu antara lainnya disebabkan kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat ke majlis rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri.
“Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri pelancong-pelancong asing serta tetamu kenamaan dalam kalangan ketua-ketua jabatan kerajaan, duta-duta dan perwakilan asing di Malaysia serta tokoh-tokoh korporat tempatan dan luar negara,” kata Shahidan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment