ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 16 June 2015

HOT ! 1MDB Mengaku IPP DiBeli Hampir Tamat Kontrek !

HOT ! 1MDB Mengaku IPP DiBeli Hampir Tamat Kontrek !

Tuesday, June 16, 20152comments

Membaca 'jawapan' yang diberikan oleh 1MDB kepada artikel chedet buat saya tergelak seorang. Siapa agaknya yang menulis jawapan bagi pihak 1MDB ? Kononnya nak memperlekehkan Tun Mahathir kerana kesilapan fakta malangnya samada mereka sedar atau tidak, 'jawapan' yang mereka berikan sebenarnya tambah menguatkan hujah Tun !



Ada beberapa point yang saya maksudkan tapi untuk kali ini, saya akan komen bab dakwaan Tun Mahathir dalam persoalan - Kenapa 1MDB tidak menunggu kontrek IPP tamat sebelum beli ?

Kalau tak silap sewaktu Tun mula mainkan isu IPP 1MDB ini tahun lepas, ada artikel dari Kadir Jasin yang menyebut IPP yang tamat kontrek harganya akan merudum jatuh, dan disebut harga RM100 saja ! 



Yalah, customer IPP ni SATU SAJA iaitu TNB. Tanpa kontrek, nak dijual kepada siapa lagi tenaga elektrik ? IPP pula sudah pasti mengambilkira tempoh kontrek dan nilainya supaya dapat dijana untung yang berbaloi sebelum tamat kontrek.

Jawapan dari 1MDB ( KLiK ) antara lain menyatakan -

... dari 13 IPP yang dibeli oleh 1MDB, hanya 2 saja yang hampir tamat kontrek iaitu Powertek ( Januari 2016 ) dan Genting ( Februari 2016 ). Kontrek Genting sudah disambung untuk 10 tahun lagi dan ini membuktikan pembelian aset itu adalah bagus.


1MDB tidak nyatakan yang kedua IPP itu adalah antara yang termahal milik 1MDB. Dari TheStar 15/8/2012 -

Genting Bhd has announced that it was selling its power generation business to 1Malaysia Development Bhd (1MDB) for RM2.3bil. This would also see Genting booking in a tidy extraordinary gain of RM1.9bil for its financial year ending Dec 31

“The book value of Genting Sanyen is roughly RM400mil. Pricing wise, it has a really good deal, considering the power purchase agreements (PPAs) for first generation independent power producers (IPPs) are expiring by 2016. This also solves Genting's headache. It doesn't need to worry whether or not the PPA agreement will be renewed or not,” said a power analyst.

However, is it positive for 1MDB?

Certainly, this purchase has made 1MDB the second largest independent power producer (IPP) in the country after Malakoff Bhd. Genting Sanyen has a capacity of 720MW, while Malakoff has a capacity of 7.9GW. On the surface, it looks like 1MDB is paying full price for a power plant that is about to expire soon.

This is 1MDB's second major power asset acquisition this year after the RM8.5bil deal to buy the power assets of Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd from T. Ananda Krishnan in March.

Berapa billion harga kedua IPP hampir tamat kontrek itu yang dibayar oleh 1MDB ? - 10.8 billion 
( tak pasti apakah harga Tanjong termasok pakej beberapa IPP lain. Itu tidak dinyatakan )

Juga disebut harga Genting cuma RM400 juta tapi dibeli oleh 1MDB dengan harga RM2.3 bil .

OK, kita ketepikan dulu soal harga belian melebihi harga pasaran untuk artikel ini. Mungkin cuma 2 dari 13 IPP yang dimiliki 1MDB TAPI kedua IPP itu dengan jumlah RM10.8 bil merupakan 90% dari jumlah RM12 bil IPP milik 1MDB !


Dibeli pada tahun 2012, bermakna masih ada baki 3 tahun lebih sikit je sebelum tamat kontrek.  Fikirkan..... KENAPA TIDAK BOLEH TUNGGU 3 TAHUN LAGI DAN 1MDB BOLEH MEMILIKI KEDUA IPP ITU DENGAN HARGA RUNTUH GILER ? ?


Bukannya lama pun .... 3 tahun jer lagi. 3 TAHUN dan JIMAT RM10 BILLION !

Lebih dari 10 bil sebab dibeli hutang 100%. Belum ambil kira kemaluan besar bila hutang tak mampu dibayar dan terpaksa hutang lagi untuk jelaskan. 

Jika benda ini diketahui umum, bukan saja Tun Mahathir bising malah seluruh rakyat Malaysia akan bising !

Apa yang terdesak sangat ? ? ?


OK, ni satu lagi point yang bakal buat anda tambah bengang dengan Najib @ 1MDB -

Kalau boleh sabar 3 tahun lagi, TNB boleh miliki kedua IPP itu ( dengan harga hampir percuma ) dan tidak timbul langsung soal kontrek !

TNB boleh jana elektrik pada harga KOS dan tidak perlu lagi beli ikut harga kontrek dan  memberi untung kepada pemilik IPP. Penjimatan kos itu boleh disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam bentuk pengurangan tarif letrik.

Jadi kita boleh bertanya pula - Untuk apa 1MDB beli ? Untuk menyusahkan rakyat ? Supaya rakyat terus bayar letrik pada harga sekarang ?

Bila 1MDB beli dengan cara hutang 100%, menjadi kewajipan kontrek dilanjutkan ! Kalau tidak bagaimana nak bayar hutang ? Elok2 kontrek nak tamat pada tahun 2016, disebabkan 1MDB beli, kontrek terpaksa dilanjutkan lagi 10 tahun ....... dan TNB terpaksa beli pada harga kontrek supaya untung IPP itu dapat digunakan buat bayar bank dan kesannya kepada rakyat ?

Bukankah berbillion kali lebih baik jika dibiarkan kontrek tamat lagi 3 tahun dan TNB boleh beli dengan harga murah dan jana sendiri letrik pada harga kos seterusnya rakyat mendapat manafaat dengan penurunan tarif ?

Sekarang apa dah jadi ? 

Hutang tercungap 1MDB nak bayar dan kemungkinan besar IPP pun terpaksa dijual sebab nak bayar hutang..... dan rakyat terpaksa terus bayar api mengikut harga kontrek untuk paling kurang 10 tahun lagi. 

Adakah itu cara kerajaan Najib mendahulukan rakyat ?

Tolonglah jelaskan perkara ini wahai Najib - KENAPA TERGEDIK2 SANGAT NAK BELI IPP TU ? 3 TAHUN JER LAGI .....

                         ********************

Di bawah saya copy artikel menarik dari reuters bertarikh 30/1/2014


 By comparison, a Reuters examination of 1MDB's energy assets showed three out of its five power plants in Malaysia are about two years from the end of their more than 20-year power purchasing agreements with state utility firm Tenaga Nasional .

One power plant in Bangladesh will see its 15-year concession expire this year while two other power plants in the South Asian country are more than halfway through their power purchasing agreements due to end around 2023.

In Egypt, all three of 1MDB's power plants are also more than halfway through their more than 20-year concessions. In Pakistan, 1MDB's sole power plant finishes its concession in 2029. There is no available data for its power plants in Sri Lanka and the United Arab Emirates.


Benarkah hanya 2 saja IPP milik 1MDB sudah hampir tamat tempoh kontrek ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...