ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Sunday, 7 June 2015
Dr M tiada kaitan 1MDB, tidak perlu dipanggil PAC, kata Khairy
Dr M tiada kaitan 1MDB, tidak perlu dipanggil PAC, kata Khairy
OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 7 June 2015 12:21 PM
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bercakap kepada media pada acara 'Art of Speed' di Maeps, Serdang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 7 Jun, 2015.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bercakap kepada media pada acara 'Art of Speed' di Maeps, Serdang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 7 Jun, 2015.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu dipanggil menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana beliau tidak ada kena mengena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Mengulas saranan Datuk Saifuddin Abdullah semalam, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno itu berkata, sesiapa yang dipanggil menghadap prosiding tersebut mesti ada kaitan dengan 1MDB.
"Sesiapa yang dipanggil mestilah ada kaitan dengan isu prosiding. Contohnya, cadangan nak panggil Dr Mahathir. Dr Mahathir tak ada kena mengena dengan 1MDB.
"Jadi, dalam PAC, mereka hanya dapat panggil sesiapa yang terlibat dengan 1MDB," katanya pada acara 'Art of Speed' di Maeps, Serdang hari ini.
Semalam, Saifuddin yang juga ketua pegawai eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata, kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Dr Mahathir harus tampil pada sesi pendengaran PAC mengenai 1MDB yang boleh disiarkan secara langsung.
Katanya, prosiding PAC jalan terbaik menjawab persoalan yang membelenggu syarikat tersebut dan ia boleh disiarkan secara langsung di kaca televisyen kerana rakyat juga mahu mendengar jawapan kepada perkara yang dibangkitkan.
Khairy berkata, tiada pihak ketiga yang dapat menyelesaikan krisis syarikat yang dibebani hutang itu dan berpendapat, sekiranya melibatkan Dr Mahathir dan Najib, lebih baik ia diadakan antara mereka berdua sahaja.
"Tidak ada pihak ketiga yang boleh selesaikan kemelut ini. Saya rasa, kalau nak adakan perbincangan antara Dr Mahathir dan Najib, mereka boleh buat secara empat mata, tak perlu ada pihak ketiga."
Mengulas lanjut cadangan Saifuddin supaya prosiding itu disiarkan di televisyen, beliau berkata, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pernah mencadangkan televisyen menyiarkan secara langsung atau rakaman prosiding PAC.
"Pihak kerajaan tidak ada masalah. Daripada dulu pun, Saifuddin ada cadangkan. Shabery pun dah lama cadangkan di TV.
"Tetapi keputusannya ada pada Yang diPertua Dewan Rakyat. Yang diPertua kena setuju. Kalau tak, kita tak boleh buat, sebab ia di bawah Parlimen," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy enggan mengulas ketidakhadiran Najib pada forum “Nothing2Hide” mengenai 1MDB anjuran SukaGuam Jumaat lalu.
Presiden SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, semalam mendakwa, program itu diganggu pegawai kanan Najib, menyebabkan badan itu yang menjadi kambing hitam dan mangsa keadaan.
Ditanya mengenainya, Khairy berkata: "Saya tak pasti siapa yang dimaksudkan itu. Jadi saya tak dapat nak komen."
Khairul dalam satu kenyataan berkata, "pegawai kanan Najib, dan yang sekutu dengannya", yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program itu bertindak berlebihan dalam beberapa perkara.
Forum itu dibatalkan pada saat akhir kerana Najib tidak menghadirinya susulan arahan pihak polis yang mengatakan wujud ancaman keselamatan dalam penganjuran forum yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur itu. – 7 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-tiada-kaitan-1mdb-tidak-perlu-dipanggil-pac-kata-khary#sthash.4gilb5fx.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment