ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 16 June 2015

1MDB terima pinjaman RM540 juta daripada Exim Bank, kata timbalan menteri


1MDB terima pinjaman RM540 juta daripada Exim Bank, kata timbalan menteri
OLEH RAM ANAND

Published: 16 June 2015 8:04 AM

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong menafikan pinjaman daripada Export Import Bank dibuat bagi membantu 1MDB membayar sebidang tanah yang dibeli daripada Tadmax Resources di Pulau Indah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong menafikan pinjaman daripada Export Import Bank dibuat bagi membantu 1MDB membayar sebidang tanah yang dibeli daripada Tadmax Resources di Pulau Indah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.


1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerima pinjaman RM540 juta daripada Export Import Bank (Exim Bank), selepas menerima sokongan Putrajaya dalam bentuk surat sokongan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Beliau tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu, hanya mengatakan semua terma dan syarat dibuat antara kerajaan dan Exim Bank, milik Kementerian Kewangan.

"Exim Bank menilai semua kriteria penerimaan risiko untuk pinjaman ini," Chua memberitahu Parlimen semalam, sambil menafikan pinjaman itu dibuat bagi membantu 1MDB membayar sebidang tanah yang dibeli daripada Tadmax Resources di Pulau Indah


"Pembelian tanah daripada Tadmax itu dibuat pada Februari 2014, manakala pelan rasionalisasi 1MDB tidak diumumkan sehingga Februari 2015," katanya.
"Tanah itu dibeli mengikut harga pasaran," katanya, selepas timbul dakwaan yang pembelian RM262 juta itu terlalu mahal.

Chua berkata demikian ketika ucapan penggulungan beliau untuk usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) awal pagi ini, menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang bertanya mengenai pinjaman AS$150 juta, yang menurut Sarawak Report didakwa dibuat awal tahun ini.

Dewan Rakyat semalam menangguhkan mesyuaratnya sehingga 2 jam dan selesai bersidang jam 1.30 pagi ini.

Pua berkata mandat Exim bermakna ia boleh menawarkan pinjaman bagi perdagangan luar negara dan transaksi sahaja.

Beliau juga berkata, surat sokongan kerajaan itu bertujuan membantu 1MDB mendapatkan aliran tunai kerana ia dibebani dengan hutang mencecah RM42 bilion.

Dana pelaburan strategik negara itu sebelum ini menerima surat sokongan daripada kerajaan bagi RM11 bilion bon yang diperoleh melalui Goldman Sachs pada 2012 dan 2013.

Putrajaya juga secara eksplisit menjamin pinjaman RM5.8 bilion untuk 1MDB sebelum ini. – 16 Jun, 2015.

Share with others

44 0 Google +0 0 0
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1mdb-terima-pinjaman-rm540-juta-daripada-exim-bank-kata-timbalan-menteri#sthash.suJLvTqq.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...