ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 3 June 2015

Senarai perbelanjaan 1MDB didedahkan. Wajib Baca


Senarai perbelanjaan 1MDB didedahkan. Wajib Baca

SUARAKAMI 04:28 BLOGGER


1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan senarai perbelanjaannya yang menyebabkan firma itu menanggung hutang RM41.8 bilion.

Ia bagi menjawab dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tidak dapat dikesan.

“Sejak beberapa minggu lalu, banyak spekulasi timbul mengenai penggunaan wang daripada hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, lebih khusus lagi hutang RM27 bilion yang didakwa ‘tidak ditemui’ atau ‘hilang’.

“Kami menyediakan satu ringkasan mengenai apa yang digunakan dari dari hutang RM42 bilion.

“Kami percaya penjelasan ini akan membantu menerangkan apa-apa kekeliruan mengenai perkara ini,” kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulan, Arul Kanda dalam satu kenyataan.

Arul menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut:

RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas

RM8.5 bilion untuk Powertek

RM2.3 bilion untuk KLPP

RM1.2 bilion untuk Jimah

RM6 bilion dari hutang yang diwarisi

RM1.7 bilion untuk pembelian tanah

RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange

RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia

RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang

RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan

RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal

RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing

RM0.4 bilion untuk cukai


RM16.4 bilion untuk dana pelaburan

RM6.1 bilion dalam Brazen Sky

RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit

RM5.1 bilion dalam GIL Funds

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...