ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 16 June 2015
Projek LRT Ampang: Dokumen Sahkan Najib Serah Tender Pada Kroni
Projek LRT Ampang: Dokumen Sahkan Najib Serah Tender Pada Kroni
SUARAKAMI 00:47 BLOGGER
Rafizi Ramli mendedahkan, satu dokumen membuktikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi Perdana Menteri telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada Konsortium George Kent Bhd.
Dokumen tersebut adalah keputusan mesyuarat kelima JPMK pada dan Datuk Seri Najib Razak mempengerusikannya kerana beliau adalah Menteri Kewangan. JPMK pula adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah projek-projek besar kerajaan.
Dalam sidang medianya, Rafizi berkata, George Kent menawarkan kos lebih tinggi berbanding syarikat lain yang benar-benar berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja tambahan bagi projek LRT laluan Ampang.
Menurut beliau, syarikat menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion.
“Dalam senarai syarikat pembida, Balfour Beatty menduduki senarai teratas. Syarikat ini menawarkan harga kompetetif selain benar-benar berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan LRT.
“Tetapi syarikat ini telah dinafikan kerana Datuk Seri Najib Razak mahu memberikan projek kepada syarikat rakan baiknya,” katanya.
Jelas Rafizi, Najib dalam jawatankuasa perolehan itu memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor dan membatalkan keputusan awal jawatankuasa itu yang melantik Balfour Beatty.
Keputusan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar.
Pendedahan keputusan JPMK mengesahkan dakwaan Rafizi bahawa Datuk Seri Najib campur tangan dalam proses penilaian dan penganugerahan tender ini.
Beliau juga mempertikai prosedur yang digunakan dalam Pekeliling Perbendaharaan hingga membolehkan Perdana Menteri memberikan projek kepada pembida yang menawarkan harga lebih tinggi berbanding syarikat lain.
Malah lebihan RM167 juta ada kaitan dengan pembayaran komisen kepada syarikat kroni Umno BN turut dipersoal Rafizi.
“Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan?” soal Rafizi lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment