ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 13 June 2015

Najib Minta Nyawa Melalui Blog !

Najib Minta Nyawa Melalui Blog !
Saturday, June 13, 201515comments


Ramainyalah yang berkongsi dalam wassup artikel terbaru blog Najib yang menjawab kritikan Tun Mahathir terhadapnya. Dalam satu grup saja, berulangkali di copypaste ..... ni saya nak beri pesanan kepada ahli2 grup wassup, lain kali rajin2lah skrol msg2 yang terkumpul tu. Kalau dah ada ahli yang sudah copypaste, tak perlulah diulang benda yang sama. Ini untuk apajua artikel la.... sama juga kalau Chedet ada artikel baru, berulang kali di copy artikel yang sama oleh orang yang berlainan.

Terasa nak balas jugalah apa yang ditulis oleh Najib dalam blognya. Oya, betul ke itu luahan Najib sendiri ? Memanglah orang lain yang taip, manalah Najib ada masa nak jaga blog. Takut jadi macam kes flip flop Najib di Parlimen je ..

Seronok juga bila Najib menggunakan medium blog untuk menjawab artikel chedet sebab dengan sendirinya akan menaikkan taraf media sosial terutamanya blog dalam dunia politik negara. Terimakasih Najib di atas pengiktirafan itu.

OK, jom layan ....


1. Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

Yep, memang Tun Mahathir mahu Najib letak jawatan. Satu dunia dah tahu tu. Tapi untuk mendakwa ia kerana Najib menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya .... hmmmm ..... Najib kena jelaskan dengan lebih lanjut.

Apa tuntutan2 peribadi Tun Mahathir yang sudah berumur 90 tahun yang tidak dituruti Najib sehingga memaksa Tun menuntut beliau meletak jawatan ?

ATAU sebenarnya Najib yang berkeras mempertahankan jawatan kerana agenda peribadi yang belum tercapai ? Atau kerana TAKUT ?

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

Hmmm ..... bukan sekarang pun dah nampak macam Najib sudahpun menjadi proksi seseorang terutamanya dalam isu 1MDB ?

Najib bertanggungjawab penuh ke atas 1MDB tapi ternyata Najib sendiri tidak mampu menjawab persoalan2 yang ditimbulkan mengenai 1MDB. BELUM SEKALI pun Najib tampil untuk menjawab secara spontan baik dengan wartawan maupun di Parlimen kerana semua jawapan Najib adalah bersifat Jawapan Bertulis !

Apa yang Najib percaya baik untuk negara tidak semestinya dipersetujui oleh rakyat. Contohnya, 1MDB. Najib mungkin percaya 1MDB itu demi kemakmuran negara tapi ramai yang melihat 1MDB ini lebih banyak menyusahkan rakyat !

Satu lagi, Najib mungkin percaya dia seorang Pahlawan Bugis, tapi apakah rakyat menerima kepahlawanan beliau ?

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

Sekiranya dakwaan2 Tun itu tidak mempunyai asas dan 1MDB ternyata berdaya saing, rakyat dengan sendiri akan menolak Tun dan tidak akan berlaku keadaan panik. Rakyat panik sebab melihat kepada kenyataan bahawa 1MDB memang berdepan masalah. Itu pun sudah berlawanan dengan apa yang Najib dan Menteri2 cakap sebelum ini kononnya 1MDB tidak punya masalah untuk bayar hutang.

Cakap siapa yang boleh diragui ?

Kenapa sampai meminjam lagi untuk bayar hutang kalau benar aset banyak ? Kenapa sampai terdesak jual tanah untuk bayar hutang kalau benar aset lain mudah cair ? Kenapa Pak Arab pula yang bantu bayar hutang ? Sampai sekarang 1MDB tidak jelaskan apa yang terpaksa digadaikan sebagai membalas pelaburan Pak Arab itu .

Point saya, jika 1MDB itu segar bugar dan mencatatkan keuntungan serta tidak menyusahkan rakyat, tidak ada sebab untuk rakyat panik.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

RM42 billion itu memang diterima sebagai hutang. Cuma rakyat bertanya, hutang itu untuk apa ? Penjelasan yang diberikan amat tidak memuaskan malah membuka lebih banyak persoalan.

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

Itu sajakah hujah Najib untuk memperlekehkan persoalan Tun bahawa angka berubah ? Melucukan kerana hujah angka berubah itu pun turut diberikan oleh Arul dan penyokong2 Najib. Rakyat bertanya kemana dibelanjakan hutang RM42 bil, bila TAK DI JAWAB, maka rakyat akan gunakan perkataan hilang. Hilang itu dalam konteks TIDAK ADA PENJELASAN.

Jika boleh dijelaskan setakat RM15 bil, maka angka yang hilang akan turun jadi RM27 bil ( yang masih TIDAK ADA PENJELASAN )

Jika boleh dijelaskan kemana perginya lagi RM7 bil ( contohnya ), angka itu akan turun jadi RM20 bil pula. Faham atau masih BLUR ?

Pendek kata, keseluruhan hutang RM42 bil itu harus diperjelaskan.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

Untuk memastikan ketelusan siasatan tanpa sebarang gangguan, setiap mereka yang terlibat harus meletak jawatan sepertimana kes2 lain yang disiasat tapi kenapa dalam kes 1MDB lain pula SOPnya ? Selaku pihak yang bertanggungjwab dalam membuat keputusan bagi pihak 1MDB, ahli lembaga pengarah dan Menteri Kewangan harus meletak jawatan buat sementara sehingga siasatan selesai !

Barulah badan yang ditugaskan itu BEBAS untuk menyiasat.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

Bagaimana dengan Najib sendiri yang sering mengulangi bahawa 1MDB tidak punya masalah sedangkan siasatan belum selesai ? Selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang terlibat secara langsung dalam 1MDB, kenyataan beliau boleh dilihat sebagai mencampuri/mempengaruhi siasatan.

Cara Arul dan Shahrol yang baru ini memperlekehkan temujanji mereka dengan PAC juga turut memberi persepsi awal yang negatif terhadap keberkesanan PAC.

Beberapa keputusan 1MDB akhir2 ini juga meresahkan rakyat seperti meminjam berbillion2 semata2 nak bayar hutang, menjual tanah untuk bayar hutang ... semuanya berlaku dalam waktu siasatan sedang berjalan. Siapa yang tak resah ! ?

Apakah masih wujud 1MDB sepertimana yang ada sekarang selepas selesai siasatan kelak ? Atau ia sudah menjadi milik negara2 lain ?

Rakyat nak tahu bukan semata2 hendak mencari kebenaran tapi juga kerana mahu menyelamatkan harta negara dari terus digadaikan !

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

Masalahnya 1MDB itu WUJUD ! Sedari awal lagi urusniaga 1MDB cuba disorok dari pengetahuan kabinet dan rakyat walaupun melibatkan komitmen negara sebanyak berbillion2 ringgit ! Cuba tanya, KALAU Najib tidak jadi PM, apakah 1MDB akan wujud ?

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

Yang dikritik adalah Najib seorang ( dan 1MDB ), kenapa diheret habis Umno dan kerajaan semata2 untuk mempertahankan diri ? Kenapa tidak diminta 1MDB dan Menteri Kewangan saja yang menjawab segala persoalan dari awal tanpa melibatkan para Menteri lain yang tidak tahu apa2 ? Kenapa perlu diungkit segala cerita2 lama era pemerintahan Tun Mahathir sebagai menjawab persoalan 1MDB ?

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah, pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia.

Berdasarkan keadaan semasa dan setelah membuat analisa, Tun berpendapat BN bakal tewas PRU14 jika keadaan tidak berubah. Atas dasar itu, Tun bersuara ...... kerana tidak mahu lihat BN kalah. Salahkah ? Bukan saja Tun malah ramai juga dikalangan rakyat pro BN yang mempunyai pandangan yang sama. Tun hanya menyuarakan keresahan rakyat.

Bayangkan jika Tun diam dan pembangkang menimbulkan isu 1MDB secara agresif beberapa bulan sebelum PRU14 ...... apakah kerajaan mampu memenangi hati pengundi dengan jawapan Tunggu Audit! ?

Ya, kita kena bersatu. Tapi perpecahan berlaku bukan kerana kritikan Tun terhadap 1MDB dan Najib tapi perpecahan berlaku bilamana Najib mengheret Umno dan kerajaan dalam masalah 1MDB !

Najib meminta nyawa melalui seruan supaya rakyat bersatu dan buktikan dakwaan Tun salah melalui kemenangan BN di PRU14 ...... ? ? ?

SAMA macam Najib mahu rakyat mengangkat dirinya selaku Pahlawan Bugis melalui dakwaan beliau berdarah pahlawan Bugis !

Rakyat akan sokong melalui HASIL pentadbiran Najib bukan sokong BUTA bila disuruh. Begitu juga rakyat akan iktiraf Najib selaku Pahlawan jika tindak tanduknya setaraf Pahlawan tanpa perlu diwar2kan beliau berdarah apa.

Tidak pernah dengar lagi seorang pun pahlawan Melayu mendabik dada dirinya sebagai pahlawan melainkan pengiktirafan itu diberikan oleh rakyat melalui sifat2 kepahlawanan yang diTUNJUKkan.

Perpaduan tidak akan menyelesaikan masalah Penyelewengan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...