ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 14 June 2015

Pertemuan Tertutup 1MDB - Najib Lebih Pentingkan Survival Politiknya Dari Kepentingan Rakyat

Pertemuan Tertutup 1MDB - Najib Lebih Pentingkan Survival Politiknya Dari Kepentingan Rakyat

Di bawah saya copy dari Therakyatpost lapuran mengenai pertemuan tertutup Najib dengan Ketua2 Penerangan Umno di PWTC tadi . Point2 yang saya kutip -

- Najib minta masa hingga akhir tahun untuk selesaikan masalah 1MDB
- Penjelasan Najib amat terperinci merangkumi kronologi, transaksi, ke mana wang dilaburkan, segala hutang dan aset dijelaskan, serta perancangan dan penyelesaian segala isu dan masa depan 1MDB.
- Persoalan2 dari Tun Mahathir dijelaskan dan semua berpuashati
- Tunggu Audit!

Secara jujur pandangan saya ya - Kenapa Berahsia lagi ? Kenapa hanya kepada kepimpinan Umno saja yang diberi penjelasan ?

Apakah RAKYAT tidak perlu dijelaskan isu 1MDB ?

Apakah 1MDB itu milik Umno ? Tidakkah tindakan Najib itu seperti mengheret Umno ke dalam isu 1MDB ?

Sebarang komitmen berkaitan 1MDB adalah ditanggung oleh rakyat bukan Umno saja jadi Najib tidak seharusnya menjadikan isu 1MDB sebagai isu Umno. Angkara Najib, kemungkinan rakyat akan mula memandang serong kepada Umno pula.

Jika benar Najib mampu berikan penjelasan tuntas terhadap isu 1MDB, maka berdepanlah dengan rakyat !

Nak komen apa yang dibincangkan dalam majlis tadi pun tak reti sebab apa yang dilaporkan hanyalah bersifat retorik tanpa sebarang substance atau maklumat yang boleh kita nilaikan.

Yang saya faham, Najib mengaku 1MDB bermasalah dan perlu masa untuk selesaikan. Itu saja sudah berlawanan dengan apa yang dicanangkan oleh Najib selama ini.

Pung pang pung pang ..... last2 Tunggu Audit! juga ? ?

Najib lebih memikirkan survival politiknya ( melalui sokongan Umno ) daripada kepentingan rakyat ...... itu saja rumusan saya. ( berdasarkan laporan di bawah )

*************************

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa isu yang melanda syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.


Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Menurut bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Bagan Datoh, Hasan Hamzah, yang turut berada dalam majlis tertutup itu, Perdana Menteri meminta orang ramai supaya memberikan beliau masa untuk menyelesaikan isu yang berbangkit melibatkan 1MDB.


Kata Hasan, Najib memaklumkan bukan mudah untuk menguruskan entiti pelaburan dan perniagaan yang besar seperti 1MDB dan rakyat perlu memberikan beliau masa.

“Perdana Menteri meminta rakyat supaya bersabar dan memberikan beliau masa secukupnya supaya dapat menyelesaikan isu tersebut dalam beberapa bulan terdekat atau hingga akhir tahun ini.


“Saya yakin langkah yang diambil oleh 1MDB dan Kementerian Kewangan dapat menyelesaikan isu yang berbangkit,” katanya ketika ditemui di sini.


Tambah Hasan lagi, selepas mendengar penjelasan Najib, beliau mendapati isu melibatkan 1MDB ini juga telah diputarbelitkan pembangkang untuk tujuan politik mereka.


“Isu 1MDB dapat diselesaikan dan kita tahu penjelasan Perdana Menteri mengenai transaksi perniagaan 1MDB juga berlainan dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang terutamanya di media sosial,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Umum sebuah NGO, Gabungan Bertindak Perpaduan Melayu


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim memberitahu, Perdana Menteri turut memberi penjelasan terperinci berkenaan perjalanan dan pengurusan 1MDB.


Penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan mengenai perjalanan 1MDB itu merangkumi kronologi, transaksi serta masa depan syarikat berkenaan, cerita Irmohizam.


Selain itu, katanya, kesemua isu termasuk tuduhan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB turut dijelaskan satu demi satu dengan terperinci.


“Kesemua mereka yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan akan menunggu (hasil) siasatan dan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara.


“Bagi saya, semua spekulasi yang timbul telahpun dijawab dan Perdana Menteri sendiri menunjukkan ke manakah wang tersebut dilaburkan,” tegasnya.


Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad turut memberitahu beliau berpuas hati dan menerima penjelasan yang diberikan Perdana Menteri.


Md Alwi berkata, Najib dilihat bercakap dari hatinya sendiri dan mendedahkan kesemuanya mengenai 1MDB kepada semua yang hadir.


“Rancangan masa depan 1MDB dipersembahkan secara jelas dan segala bentuk hutang dan aset syarikat berkenaan turut didedahkan.


“Kita menerimanya dengan baik kerana Perdana Menteri sudah menunjukkan segala bentuk perancangan dan juga penyelesaian ke atas isu yang dibangkitkan,” ujarnya.


Kata Md Alwi lagi, masalah yang berlaku pada hari ini ialah masyarakat tidak bersabar dan mahukan jawapan sepenuhnya serta-merta.


“Perdana Menteri sudah memberi penjelasan mengenai isu yang timbul dan PAC serta Ketua Audit Negara juga masih lagi menyiasat.


“Jadi pihak yang bersalah akan dihukum tidak kira siapa. Sekiranya Najib yang bersalah maka beliau turut akan dihukum,” katanya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...