ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 8 May 2015

SELAIN TANAH TRX, RUPANYA TH JUGA ADA MELABUR RM 1.6 BIL DALAM 1MDB

Selain Tanah TRX, Rupanya TH Juga Ada Melabur RM1.6 Bil Dalam 1MDB

Friday, May 8, 20150 comments

Hmmm .... ramai yang masih bercakap mengenai pelaburan Tabung Haji melalui anak syarikatnya TH Properties ...... cepat sekali para bloggers menyebarkan jawapan dari TH. Tahniah dan Terimakasih saya ucapkan di atas respon segera yang diberikan. Semoga kegelisahan hati para pendeposit TH dapat diredakan dengan jawapan tuntas itu.

Tadi saya baca semula dokumen2 yang didedahkan oleh TheBenchmark 2 hari lepas. Bila bos TH sendiri buat laporan polis di atas kebocoran dokumen itu, ia membuktikan bahawa dokumen2 itu adalah asli. So saya layan lah.... walaupun tak berapa nak faham tapi buat2 faham jer la.

Ada dua perkara yang saya temui yang mahu dikongsikan. 

Pertama, anak syarikat 1MDB yang berurusan dalam isu tanah TRX adalah KLIFD. Ada di nyatakan bahawa KLIFD meminta bayaran penuh dilangsaikan oleh TH sebaik saja kedua pihak menandatangani perjanjian jual beli.

Hmmm ..... saya bertanya rakan mengenai perkara ini dan beliau kata, ia satu perkara yang pelik. Biasanya pembeli hanya bayar 10% saja dan bakinya selepas 4-6 bulan, yakni selepas selesai urusan pindah milik. Itu pun ada disebut dalam dokumen TH -


Kenapa 1MDB perlukan bayaran penuh dengan segera ? Macam terdesak nak cari duit jer ? 

Rakan blogger JustMyThoughts ada membuat satu TEKAAN -




Now read this news from Reuters via MT:


extract:

'1MDB has a $1.75 billion bond maturing in 2022 with a coupon rate of 5.99 percent. The next half-yearly payment of around $52 million is due on May 11'

OK now at current exchange rate $52 million = RM (52x3.6) million =RM187.2 million

thus, this meant that on May 11 2015, 1MDB has to make a half yearly payment of RM187.2 million.

So..... is there any connection between Tabung Haji's investment of RM188.5 million to that half yearly payment that 1MDB needs to make to fulfill their financial obligations?



Apakah ada kaitan permintaan bayaran penuh dari 1MDB dengan bayaran faedah bon yang sepatutnya dibayar pada 11 Mei ini ? Amaun dah dekat sangat, tarikh pun ngam2 jer ..... wallahualam...


Hmmmm ..... bila lagi due hutang atau faedah yang perlu dijelaskan oleh 1MDB selepas ini ? Apakah 1MDB terpaksa jual sebarang tanah atau aset semata2 nak jelaskan hutang ?


                                                   *******************************

Satu lagi info menarik saya temui dari dokumen di Benchmark -

Laporan Risk Evaluation ada juga menyebut bahawa keseluruhan projek di tanah yang dibeli itu termasuk bangunan akan menelan kos RM3.2 bil..... takperlah yang itu sebab belum berlaku lagi. Tapi ayat seterusnya yang menarik minat saya -

Jika dicampur dengan pelaburan sediaada TH dalam program sukuk 1MDB Bandar Malaysia yang bernilai RM1.6 bil, jumlah komitmen/pendedahan TH dalam 1MDB akan mencecah RM4.8 bil dan kita beranggapan ia agak besar untuk pelaburan dalam satu entiti.

Tanpa bangunan, nilai tanah campur sukuk saja sudah berjumlah RM2.4 bil dan ia adalah tinggi jika mengambilkira masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh 1MDB

Apapun, sekiranya projek 1MDB terbengkalai, TH masih boleh jual tanah itu atau membangunkannya sendiri.



Oooooooh ..... rupa2nya Tabung Haji sudahpun melabur sebanyak RM1.6 billion dalam sukuk yang diterbitkan oleh 1MDB yang bersandarkan tanah Bandar Malaysia !

Yang ini saya tak risau sangat, sebab kemungkinan besar ia dijamin oleh kerajaan.  

Oya, satu lagi, peringatan sudahpun diberi oleh perunding kepada TH berkaitan risiko persepsi negatif sekiranya TH menjual unit2 bangunan selepas siap kelak kepada bukan Bumi atau bukan Islam, sebab bila kos pembinaannya tinggi pasti harga jualannya juga tinggi.


Ia sekadar peringatan saja ..... dan pengurusan TH ternyata berani mengambil risiko itu. Mungkin TH sudah ada pembeli Melayu Islam dalam senarai yang menanti untuk membeli unit2 berkenaan. TAHNIAH !

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...