ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 29 May 2015

Sah 1MDB Bermasalah. SPAD Salur 1 Bilion Bantu 1MDB Bayar Hutang


Sah 1MDB Bermasalah. SPAD Salur 1 Bilion Bantu 1MDB Bayar Hutang

SUARAKAMI 18:44 NEWS


Kementerian Kewangan menjelaskan sebuah syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam usaha syarikat sarang hutang negara itu membayar hutang AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi.

"Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa."Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Husni berkata 1MDB akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dua syarikat berasingan sebagai sebahagian langkah rasionalisasi mengurangkan beban RM42 bilion syarikat sarat hutang itu.
Katanya, kedua-dua projek hartanah itu akan diberi autonomi penuh untuk operasi dan prestasi kewangan.

“Sementara pilihan sedang dijalankan dengan menghormati kewangan Edra Energy, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia yang akan meningkatkan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga,” katanya.

1MDB dalam satu kajian strategik pada Februari berkata dua projek hartanah itu akan menjadi entiti berasingan tetapi masih dimiliki Kementerian Kewangan.
TRX baru-baru ini mendapat perhatian selepas pendedahan sebuah blog mendakwa Tabung Haji membeli sebidang tanah di kawasan itu dengan harga RM185.5 juta.

Selepas mendapat kritikan ramai termasuk daripada pencarum yang melihat Tabung Haji cuba menyelamatkan 1MDB, lembaga itu kini dalam proses menjual kembali tanah berkenaan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...