ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 26 May 2015

Saham TNB rugi RM6 bilion dalam 6 hari akibat 1MDB


Saham TNB rugi RM6 bilion dalam 6 hari akibat 1MDB

SUARAKAMI 02:41 NEWS


Nilai saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian pada kadar RM6 bilion sejak 6 hari lalu ekoran spekulasi pembelian aset tenaga milik syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (TNB), menurut laporan The Star Online.

Spekulasi itu memberi kesan kepada pasaran saham dan TNB rugi RM1.06 sejak 18 Mei kerana pembekal kuasa elektrik utama itu dikatakan mungkin akan membeli aset jana kuasa 1MDB.

Kaunter semalam masih mencatatkan penyusutan 46 sen atau 3.36%, ditutup pada RM13.24 – harga paling rendah sejak pertengahan Disember 2014 – dan pada tengah hari ditutup rendah pada RM12.98 – dan memadamkan 3.36 mata daripada aras Indeks Komposit Bursa Malaysia Kuala Lumpur (BSKL).

Minggu lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Seri Azman Mohd berkata syarikat itu tidak akan membayar premium aset jana kuasa 1MDB.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang pasaran daripada melihat urus niaga yang dibuat itu dari sudut negatif.

“Ditambah dengan sensitiviti isu 1MDB, apa saja yang berkaitan dana itu akan menimbulkan respons yang tidak begitu positif sehingga penilaian dijelaskan.

“Ia menunjukkan betapa sensitifnya persepsi pasaran terhadap 1MDB,” penganalisis bank tempatan dipetik berkata kepada portal berita itu.

Beberapa laporan timbul mengenai kemungkinan TNB mengambil alih aset jana kuasa 1MDB pada Jumaat lalu dalam satu urus niaga yang dianggarkan bernilai RM16 bilion.

Menurut laporan, kuasa beli dibuat berikutan cadangan untuk menjadikan urusan perniagaan TNB dipisahkan menjadi 3 entiti berbeza, iaitu penjanaan kuasa, pemancaran dan pengedaran.

Menurut The Star Online rancangan itu dijangka dibentangkan dalam perbincangan Kabinet bulan depan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...