ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 27 May 2015

Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?

Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?


Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.

Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika dimintaMalaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.

Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...