ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 26 May 2015

Bukti penyelewengan keluarga Taib Mahmud diserah pada SPRM

Bukti penyelewengan keluarga Taib Mahmud diserah pada SPRM

Rafizi_SPRMPUTRAJAYA 25 FEB: Bukti terbaru penyelewengan pembayaran komisyen urusniaga balak yang dijalankan ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud diserahkan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Dokumen tersebut diserahkan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, Sarawak, See Chee How, petang ini.
Menurut Rafizi, maklumat tersebut diserahkan bagi membantu SPRM yang menurutnya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Kes ini yang kita bawa adalah satu kes yang telah dibuka dan disiasat oleh SPRM.
“Ia melibatkan syarikat milik Onn Mahmud yang merupakan adik kepada Ketua Menteri Sarawak,” kata Rafizi kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM, hari ini.
Kata Rafizi, bukti terbaru yang dikemukakan hasil maklumat diperolehi Adun Batu Lintang, See Chee How melalui kerjasama dengan pihak berkuasa Jepun.
Sehubungan dengan bukti terbaru yang dikemukan itu, Rafizi berharap ia dapat membantu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap laporan yang dikemukakan terhadap ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak tersebut.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...