ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 20 May 2015

MEREKA YANG PERTAHANKAN NAJIB ADALAH YANG SEKAPAL DENGAN PEMBANGKANG


Mereka Yang Pertahankan Najib lah Yang Sekapal Dengan Pembangkang !
Thursday, May 21, 20150 comments




Kita sering baca tajuk2 artikel yang bunyinya ada menyebut " ...Pertelingkahan Tun Mahathir Dan Najib .... " samada artikel yang mengulas kritikan Tun atau artikel mengenai komen orang tertentu yang cuba mahu damaikan kedua pemimpin itu.

Sehingga hari ini pun ada yang masih menggunakan tajuk seperti itu .....

Saya biasanya tak baca pun artikel itu tulis apa, tak perlu sebab dari tajuk pun kita dah boleh tahu ianya satu usaha halus mahu menanamkan persepsi bahawa kritikan Tun bersifat peribadi.

Begitu juga ayat2 yang menyeru supaya Najib dan Tun berdamai demi penyatuan bangsa, demi penyatuan parti bla bla bla yang banyak kita baca dalam dunia watsup...

Nak berdamai apanya ? ?

Tun Mahathir bersuara bukan mewakili dirinya, Tun bukannya punya niat peribadi disebalik tuntutannya supaya Najib bersara, Tun bukannya kecewa kerana permintaannya tidak dipenuhi.

Kerana mahu melihat Umno bersatu dan menjadi kuat semula lah maka Tun bersuara....

Kerana mahu mengembalikan perpaduan dan maruah bangsa lah maka Tun bersuara .....

Kerana tidak mahu melihat bangsa Melayu hancur lah maka Tun bersuara ......

Kerana kesiankan Najiblah maka Tun bersuara dan meminta Najib bersara !

Kerana jika dibiarkan Najib dengan caranya sekarang .... alamat BN akan bungkus PRU14 dan semuanya hancur ....

Najib has to go ! Najib sudah menjadi liabiliti kepada Umno dan bangsa ! Itulah yang sering diluahkan oleh Tun Mahathir sejak akhir2 ini.

So ..... apa yang mahu di damaikan antara Tun Mahathir dengan Najib ?

Supaya Tun Mahathir diam dan bersama2 membantu Najib mengukuhkan Umno ? Bukankah Tun dah cakap yang Najib harus bersara jika Umno BN mahu punya peluang menang PRU14 ?

Makanya janganlah kita terpedaya dengan cakap2 manis pro Najib yang kononnya mahu berdamai demi perpaduan, demi kekuatan bla bla bla....

Jawab saja kepada mereka ini - Demi perpaduan dan kekuatan lah makanya Najib harus bersara !

Jika mereka benar mahukan yang baik buat Umno dan Melayu, maka bersatulah dalam usaha meminta Najib supaya bersara.


***************************

Satu lagi cara licik pro Najib adalah dengan menyamakan usaha Tun Mahathir dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, terutamanya Rafizi dan Tony Phua. Kebetulan mereka berdua terlebih dahulu memainkan isu 1MDB cuma usaha mereka tidak menarik perhatian rakyat pun sehinggalah Tun Mahathir sendiri bersuara.

Ya, tampak suara pembangkang sama dengan suara Tun Mahathir. Macam sekapal jer ..... tapi ada satu perbezaan besar dipenghujungnya. Iaitu tujuan utama kritikan.

" Kita turunkan kerajaan BN, kerajaan tak boleh dipercayai lagi "


Begitulah laungan Tony Phua di satu ceramah di Serdang mengenai 1MDB yang turut disertai oleh Rafizi semalam.

Laungan itu ternyata berlawanan dengan niat Tun Mahathir yang mahu Pertahankan Kerajaan BN !

Kritikan terhadap 1MDB mungkin sama tapi tujuan utama disebalik kritikan itu yang beza.

Apa yang kita lihat, mereka yang masih mempertahankan Najib lah yang sebenarnya sekapal dengan pembangkang. Kerana sekiranya Najib berjaya dikekalkan sehingga PRU14, bermakna mereka lah yang memastikan Umno BN tewas.

Selagi Najib di atas, selagi itulah Umno dan BN terus lemah... dan terus menjadi bahan ketawa dan sindiran rakyat. Tidak pernah berlaku sebelum ini PM dan isteri menjadi bahan lawak rakyat dengan begitu berleluasa sekali. Dan kita mengharapkan pengundi memilih parti yang pelawak ini ketuai untuk jadi kerajaan ? ?

Saya akui bukan mudah untuk mempengaruhi sesiapa pun kalau sudah punya pendirian sendiri. Ini terpakai baik kepada pro Tun mahupun pro Najib. Sukar untuk dicari satu titik pertemuan. Kedua2 pihak mahukan yang terbaik buat Umno dan Bangsa cuma caranya yang bukan saja berbeza tapi berlawanan.

Makanya adalah perlu ditemukan kedua Tun Mahathir dan Najib di atas satu pentas yang sama. Tujuan bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi demi mencari kebenaran.

Satu lagi, ini bukan lagi isu Umno semata2 tapi isu bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...