ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 21 May 2015

IMDB-Wang Tunai Ke Unit - Anda Percaya ?

Wang Tunai Ke Unit - Anda Percaya ? Jom Klik Survey !

Friday, May 22, 20150 comments

Semalam Najib sudah tukar status dana Cayman di BSI Singapura dari Wang Tunai kepada Aset -

“1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang USD di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti USD syarikat." 


Selain itu, katanya jawapan tersebut merupakan pindaan kepada jawapan kerajaan sebelum bertarikh 10 Mac 2015, bahawa baki dana pelaburan 1MDB ditebus dalam dalam bentuk wang tunai.
.

Kali ni tidak disebut pula nama bank itu. Dan sesenang itu juga pindaan telah dibuat kepada jawapan bertulis Najib pada 10 Mac lalu.

Hari ini Menteri Kewangan 2 Ahmad Husni telah berikan penjelasan lanjut -

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura.

"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat.

"Jadi, kami harap untuk membawanya pulang secepat mungkin," 

Juga tidak menyatakan dengan jelas yang pastinya mengundang pertanya dan spekulasi - bank mana dan unit apakebendanya ? Nilainya juga tidak dinyatakan.

Blog pro Najib ada yang cuba back-up giler dengan memberi contoh paper money seperti saham ASB ....... KONONNYA 1MDB telah beli saham atau bon dan apa yang disimpan adalah sijil2nya. 

Jujur ya, alasan itu kelakar lah ! Saya tak tahu berapa ramai yang terima dan percaya ianya satu kesilapan. 

Contoh ya - berapa ramai yang boleh silap dalam menafsir kenyataan Arul Kanda ini -

- “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,” - Arul Kanda 7 Februari 2015


Ini pula saya prinskrin dari lamanweb 1MDB sendiri -



"The cash is in our accounts and in US dollars. I can assure you (about that) . . . I have seen the statements," said Mr Arul

Oooooooooooooooo...... rupanya Arul maksudkan UNIT ! Saya percaya bukan saja Menteri Kewangan dan seluruh jentera kerajaan boleh tersilap,  1Malaysia pun tersilap kerana menyangkakan ianya dalam bentuk wang tunai ....... Unit rupanya ....

Oya, BILA yang Menteri Kewangan tersedar akan kesilapan ini ? 

Dan kenapa pihak 1MDB tidak membetulkan fakta sebaik saja mendengar/membaca kesilapan jawapan bertulis di Parlimen oleh Menteri Kewangan pada 10 Mac lalu ? 

Artikel ni sebenarnya nak rakamkan episod ini supaya senang untuk dirujuk kembali .... manalah tahu UNIT itu bakal bertukar jadi benda lain pula.

Oya, kali ini saya terpanggil nak buat SURVEY.  Mungkin.... mungkin saya sorang jer yang ketawa dalam isu ini sedangkan orang lain menerimanya dengan serius, dan percaya bulat2. Jadi saya terpanggil nak buat kajiselidik berapa peratuskah respons pembaca yang percaya / tidak percaya dan 3 kategori lain. Anda boleh pilih lebih dari satu jawapan.


Poll/survey hanya untuk tiga hari saja dan tamat pada hari Ahad pukul 3 petang. 

Sekiranya anda baca pakai hp, anda kena set kan kepada web version atau versi web / penuh, baru boleh lihat kedudukan poll ini disebelah penjuru kanan atas.

Ingat, anda boleh klik lebih dari satu jawapan ! 

Berdebar rasa menunggu keputusan !

PS - OKla, soalan poll itu pun macam menyindir.... tapi nak buat macamana, sekarang ni pun saya ketawa hahahaha ......tapi walaupun boleh klik lebih dari satu jawapan, apa yang penting adalah berapa peratuskah yang klikpercaya.

TMI


No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...