ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 26 May 2015

BNBBC gesa Muhyiddin nyata pendirian berhubung 1MDB


BNBBC gesa Muhyiddin nyata pendirian berhubung 1MDB

SUARAKAMI 16:14 NEWS


Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menyatakan pendirian berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukan sahaja melalui Umno, tetapi juga atas kapasitinya sebagai timbalan perdana menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kata Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad berkata demikian merujuk kenyataan timbalan perdana menteri pada satu majlis tertutup yang mahu Datuk Seri Najib Razak memecat semua lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dibebani hutang itu.

Mengulas video ucapan Muhyiddin yang didedahkan di media sosial, Shahrir berkata kepada media di lobi Parlimen, rakaman itu dibuat di luar pengetahuan timbalan presiden Umno itu.

"Sebagai timbalan perdana menteri, beliau mempunyai format untuk menyatakan apa sahaja pandangan dalam Kabinet dan sebagai timbalan presiden, beliau boleh bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

"Saya faham beliau ketika itu hanya menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, tetapi saya harap pandangannya dapat disampaikan melalui dua platform, tidak hanya di Janda Baik," katanya merujuk kepada lokasi ucapan itu didakwa dibuat.

Ucapan Muhyiddin itu, yang tersebar luas, kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi.
Di dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube itu, Muhyiddin berkata sekiranya perdana menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau dipercaya berucap dalam satu program dinamakan 'Keris 2314', bertujuan mengukuhkan perpaduan dalam parti, yang turut dihadiri pemimpin kanan Umno, termasuk naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin berkata beliau hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.

Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Baru bersetuju dengan gesaaan beberapa pemimpin tertinggi dalam Umno supaya tindakan diambil ke atas pelaku yang menyebarkan video tersebut, yang pertama dimuatnaik di blog Apanama milik bekas wartawan.

Katanya, seluruh insiden itu menimbulkan keraguan kerana pelaku itu, yang didakwa salah seorang urusetia, melanggar arahan dengan merakam dan menyebarkan video tersebut, padahal ia satu acara tertutup.

"Saya bersetuju diambil tindakan. Itu kursus tertutup. Kalau ada yang ambil video itu, dan menyebarkan, dia patut tahu.

"Sebagai orang parti, dengan kedudukan tinggi, seperti ketua bahagian, takkan dia tidak faham ini kursus tertutup.

"(Kenapa) dia hendak ambil video, kemudian menyebarkan? Saya tidak tahu apa matlamatnya," katanya.

Katanya, terdapat juga suara mengatakan pelaku tersebut ialah seorang tetamu pada majlis itu.

Namun begitu, Shahrir tetap meletakkan tanggungjawab kepada urusetia majlis kerana membiarkan seorang tetamu menghadiri acara tertutup parti.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...