ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 29 May 2015

Dr M: Duit 1MDB lesap, kecuali terbukti sebaliknya


Dr M: Duit 1MDB lesap, kecuali terbukti sebaliknya

SUARAKAMI 23:26 NEWS


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) perlu dianggap bersalah selagi dananya yang masih tidak dapat dikesan itu dapat ditemui.

Beliau merujuk kepada status pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.103 bilion (RM4 bilion) di bank luar pesisir Cayman Islands, yang kini masih misteri.

"Wang itu didakwa dilaburkan di Cayman Islands dan didakwa sudah dibawa balik dan berada di Singapura, nanun wang itu tidak boleh ditunjukkan dalam bentuk nyata.

"Maka pengurusan (1MDB) mesti bertanggungjawab ke atas kehilangannya.

"Andaiannya, pengurusan itu dilesapkan, melainkan dibuktikan sebaliknya,” kata Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.

1MDB sebelum ini menegaskan bahawa pelaburannya di Cayman Islands sudah ditebus semula sepenuhnya dan kini disimpan di BSI Bank Ltd di Singapura.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan menegaskan perkara ini dalam satu jawapan bertulis di parlimen pada 10 Mac.

Tidak kiralah aset RM51.4 bilion

Pada 20 Mei, Najib meminda jawapannya dan menjelaskan tiada wang tunai dalam BSI Singapora tetapi “aset dalam dolar AS”.

Lebih membingungkan lagi, Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah menjelaskan bahawa aset tersebut dalam bentuk “unit”, tetapi enggan menjelaskan maksudnya.

Mahathir seterusnya berkata, kerugian melalui perniagaan boleh diterima tetapi wang yang lesap begitu sahaja tidak boleh diterima.

“Dalam perniagaan, wang boleh hilang melalui pelaburan yang salah atau salah pengurusan. Ini boleh diterima, namun ketua pegawai operasi dan pengurusnya mersti dipecat.

"Namun apabila duit hilang dan pengurusan tidak boleh menjelaskan ke mana ia pergi dan bagaimana ia hilang, pengurusan masih perlu bertanggungjawab, walau terdapat langkah penyelamatan dan hutang itu dibayar,” kata Mahathir.

Katanya, penjelasan kerajaan bahawa aset 1MDB yang bernilai RM51.4 bilion itu juga tidak membebaskan syarikat milik Kementerian Kewangan itu daripada kesalahan berhubung kehilangan wang terbabit.

“Jika hutangnya (RM42 bilion) dibayar sepenuhnya melalui jualan aset yang dibeli oleh 1MDB, ia tidak bermakna 1MDB bebas daripada tuduhan bahawa ia tidak boleh mengesan wang berbilion ringgit yang hilang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...