1MDB Pakai Duit Abu Dhabi Bayar Hutang .... Ada Apa Dengan Abu Dhabi ek ?
Friday, May 29, 20150 comments
Banyak pula berita mengenai 1MDB hari ini. Yang paling penting adalah pengumuman Datuk Husni mengenai perjanjian/pelaburan International Investment Company ( IPIC ) dan anak syarikatnya Aabar Investments sebanyak AS1 bil, paling lewat akan dibayar pada 4 Jun.
"Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat,"
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ipic-akan-suntik-1-bilion-kepada-1mdb-husni-hanadzlah-61063?cp
Sedap bunyi kenyataan Husni kalau anda baca keseluruhan artikel itu ...... Jom kita kutip poin mengikut pemahaman orang biasa -
dari AS1 bil itu, AS975 bil akan digunakan buat bayar hutang yang kecoh baru ni. Baki tinggal AS25 juta.
Maknanya, perjanjian itu lebih kepada nak cari duit nak bayar hutang. Kita boleh rasa satu macam keadaan Terdesak dipihak 1MDB .... ni mesti last minit punya deal ni.
Perjanjian bukan satu bentuk pinjaman tapi macam satu bentuk pelaburan. Tapi Husni tidak menyatakan apakah pulangannya kepada IPIC, apa yang IPIC dapat dengan pelaburan AS1 bil itu ? Berapa peratus kah pemilikan TRX atau 1MDB yang terpaksa dilepaskan dek sebab keterdesakan mencari dana itu ?
Apakah yang telah dikorbankan demi membayar hutang 1MDB kali ini ?
Dari Mkini - Mengumumkan langkah berkenaan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, di bawah pelan rasionalisasi yang dikemukakan kepada kabinet pagi ini, TRX dan Bandar Malaysia akan diasingkan daripada 1MDB.
Katanya, TRX dan Bandar Malaysia bakal menjadi entiti bebas untuk mengumpul ekuiti melalui pihak ketiga sebelum menyalurkan dana kepada 1MDB untuk membolehkan hutang dibayar.
"Ini akan menyaksikan TRX dan Bandar Malaysia sebagai syarikat tersendiri dengan autonomi serta pertanggungjawaban penuh ke atas operasi dan kewangan," katanya
Asing atau apapun, saham 1MDB tetap milik kerajaan sepenuhnya. Dan rakyat berhak tahu berapa peratuskah dari TRX dan Bandar Malaysia yang masih milik kita. Diasingkan pun, duit dari situ masih digunakan buat bayar hutang 1MDB. So, semuanya masih berhubungkait.
Terdahulu, Kementerian Kewangan telah membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat, dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi yang dilemparkan kepada syarikat milik kerajaan itu.
Kenderaan para menteri Kabinet dilihat mula memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada kira-kira 9.00 pagi tadi dan dilihat keluar dari situ pada jam 12.40 tengah hari.
Mengulas lanjut tentang Hala Tuju 1MDB, Ahmad Husni turut menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.
Beliau juga mengharapkan agar pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ipic-akan-suntik-1-bilion-kepada-1mdb-husni-hanadzlah-61063?cp
Maknanya sekarang Kabinet sudah faham tentang isu 1MDB ? Adakah penjelasan kali ini sama dengan penjelasan yang dibuat oleh 1MDB dan Deloitte kepada kabinet pada 4 Mac lalu di mana hasilnya, kabinet kata 1MDB OK! Tapi ternyata semuanya lakonan jer.....
Kita tak sabar nak dengar komen dari ahli kabinet tentang isu 1MDB selepas mendengar penjelasan tadi !
astroawani |
Abu Dhabi lagi ! Bukan ke Arul Kanda juga dulu merupakan salah seorang Director sebuah bank terkemuka di Abu Dhabi sebelum join 1MDB ?
Masa beli IPP dulu pun join ngan Abu Dhabi, yang kemudiannya 1MDB terpaksa pinjam duit untuk lupuskan option Abu Dhabi di dalam Edra ...... dikatakan yang pinjam US975 juta tahun lepas itu pun sebab nak bayar option Abu Dhabi itulah. Hmmmmmm ...
Pusing2 Abu Dhabi juga ....
Persoalan yang mungkin tak perlu kita tanya - Sebesar manakah peranan / pengaruh Abu Dhabi dalam 1MDB ?
No comments:
Post a Comment