ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 29 May 2015

Shahrir akui jumpa presiden 1MDB untuk dapat maklumat lanjut

Shahrir akui jumpa presiden 1MDB untuk dapat maklumat lanjut


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan pertemuan beliau dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB sahaja. – Gambar The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan pertemuan beliau dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB sahaja. – Gambar The Malaysian Insider, 29 Mei, 2015.Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui bertemu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, dan berkata pertemuan itu bagi membolehkan beliau memahami isu tersebut secara mendalam.
Shahrir berkata, sebagai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB  sahaja.
“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.my.
Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata,  BNBBC juga dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.
Beliau berkata, pertemuan bersama Arul yang diadakan pada Rabu malam itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata, pada malam sebelumnya, beliau turut berjumpa dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.
Veteran Umno itu berkata, dalam kedua-dua pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan pandangan supaya syarikat  berkenan dan kementerian  mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.
“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ia tidak dimodali sewajarnya,” katanya.
The Malaysian Insider awal hari ini melaporkan, Arul mengesahkan bertemu Shahrir sehari selepas beliau sepatutnya menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Arul bersama mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada PAC berhubung isu yang membelenggu syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu pada Selasa, namun kedua-dua mereka meminta penangguhan kerana tidak hadir pada tarikh tersebut.
Arul bagaimanapun mengatakan pertemuannya bersama Shahrir diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.
"Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara.
"Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul.
The Malaysian Insider difahamkan Arul bertemu dengan Shahrir pada malam Rabu di sebuah hotel berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur dan ia berlangsung sehingga lewat pagi.
Shahrir berkata, pertemuan selama tiga jam bersama Arul beliau tidak menyentuh soal penyiasatan PAC terhadap syarikat tersebut.
“Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen, PAC menerima permintaan Arul untuk ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa  lalu,” katanya.
Beliau juga mengakui tidak berbincang mengenai PAC dengan Arul kerana percaya proses pengauditan yang sedang dilakukan Ketua Audit Negara serta penyiasatan oleh PAC terhadap 1MDB.
“Itu sesuatu yang harus dihormati malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mahu ia disegerakan,” katanya.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini dilaporkan berkata, laporan awal pengauditan yang dijalankan jabatan audit akan dikeluarkan penghujung Jun ini. – 29 Mei, 2015.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...