ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Saturday, 23 May 2015
5 SEBAB MENGAPA NAJIB MESTI LETAK JAWATAN.
5 SEBAB MENGAPA NAJIB MESTI LETAK JAWATAN SEKARANG?
SUARAKAMI 23:48 BLOGGER , FEATURED
Perlu diinsafi MONEY IS NOT POWER TAPI SUARA DAN KEPENTINGAN RAKYAT IS THE REAL POWER yang akan menentukan BN menang atau kecundang pada PRU 14 akan datang.
Najib boleh tabur BRIM macam dukun
menebar bertih untuk memuaskan para puaka tapi percayalah sebahagian besar rakyat akan menolak BN seperti mana yg berlaku pada PRU 13.
Takdirnya diadakan referendum patutkah Najib meletak jawatan sebagai PM hari ini besar kemunginan 90% para pengundi akan menolak beliau!
Hukum karma akan berlaku. Jangan cuba memperlekehkan kuasa Allah seolah-olah kuasa yang anda miliki itu hak mutlak anda dan isteri anda.
Ombak kebencian rakyat semakin mengancam. Kamu dan bini mungkin tidak menghormati Tun M dan kamu mengupah para balaci yang tak bermaruah menghina negarawan 89 tahun yg dijulang tinggi di persada antarabangsa dan di kalangan rakyat Malaysia yang anti kemungkaran.
Banyak pihak berpendapat bala akan menimpa rakyat dan negara tercinta ini sekiranya Najib dan Rosmah yg super rakus super boros kekal sebagai PM.
Jangan terlalu tersilau dengan kuasa yg dipinjam Allah.
Ingat bapa kamu, Tun Razak, memberi kepada Ku Li pingat mas dan wang USD30 ribu yang bapa kamu dapat sebagai negarawan cinta keamanan oleh Presiden Filipina pada waktu itu.
Itulah harta peninggalan bapa kamu yang diserahkan Ku Li kepada ibu kamu.
Kamu dan Rosmah boleh berfantasi sebagai raja di zaman bahari dengan segala kehebatan, kekayaan dan kekuasaan pada hari ini.
Ingat ada empat isu besar yang akan membuat rakyat menolak BN sekiranya kamu masih kekal sebagai PM sampai PRU 14.
Lima isu besar itu ialah:
1. skandal 1MDB yang kamu gagal menjelaskan kemusykillan rakyat dan Tun M
2. GST seperti pukat harimau yg membebankan rakyat miskin dan berpendapatan sederhana.
3. Siapa memberi arahan kepada dua polis menjadi pembunuh Altantuya? Bukan hantu raya atau syaitan tapi mesti manusia yang berpangkat lebih tinggi dari dua polis tersebut.
4. Rosmah Mansor yg mengangkat dirinya sebagai First Lady ratu boros super rakus
5. Korupsi o korupsi yang memperkenalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara korup di dunia sekarang.
Percayalah, wahai Najib dan Rosmah, ahli-ahli UMNO yang berjuang di jalan Allah, anti kemungkaran akan bersama dengan jutaan rakyat yang cinta damai menjadi penyokong kuat kepada Tun M.
Mungkin kamu boleh membeli setengah manusia yang rapuh semangat, berjiwa hamba dan tak bermaruah. Tetapi ingat, kamu tidak boleh menguasai aspirasi berjuta rakyat Malaysia yang mahu kamu meletakkan jawatan sebagai PM dengan segera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment