ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 26 May 2015

NAJIB AMAT TERDESAK, MEMBABITKAN SULTAN DALAM POLITIK.


Tindakan Datuk Seri Najib Razak melibatkan Sultan Pahang dalam pertelingkahan politik adalah sesuatu yang tidak sihat dan boleh menyebabkan terjejasnya rasa hormat kepada raja, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Katanya, institusi diraja dipandang tinggi rakyat jelata tetapi situasi ini boleh berubah dengan pengisytiharan Najib yang beliau mendapat sokongan sultan pada ketika ada pihak menggesa beliau meletak jawatan.

"Jika menang, baiklah, tetapi jika kalah orang yang disokongnya bagaimana?" soal Zainuddin, juga dikenali sebagai Zam, dalam blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

"Jika Sultan dilibatkan dengan percaturan politik kepartian, apakah pemimpin Umno dan ahli Umno tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme dalam Umno?"

Najib pada Sabtu berkata beliau mendapat sokongan Sultan Ahmad Shah untuk terus kekal sebagai perdana menteri walaupun ada pihak mahu beliau disingkirkan.
Zainudin, yang merupakan salah seorang pengkritik tegar Najib, berkata beliau tidak faham kenapa perdana menteri itu merasa perlu mengumumkan beliau mendapat sokongan Sultan walaupun pada masa sama beliau mengakui mendapat sokongan "jutaan rakyat."
Beliau bertanya, adakah Najib menghargai sokongan seorang Sultan lebih daripada sokongan ribuan rakyat yang ditunjukkan kepadanya.

"Beliau sendiri mengisytiharkan di mana-mana beliau pergi ribuan rakyat menunjukkan sokongan kepadanya. Di Tawau lebih 40,000, di Johor lebih 15,000, di Gopeng lebih 25,000, di Kuantan 12,000 dan perhimpunan rakyat yang lebih besar sedang menunggunya di mana-mana," kata bekas wartawan Utusan Malaysia itu.

"Jika beliau yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat maka kenapakah beliau perlu mendapatkan sokongan daripada Istana?"

Katanya, tindakan Najib melibatkan Sultan dalam konflik politik sesuatu yang tidak pernah dilakukan, sambil menambah, pada masa depan, menteri besar atau pemimpin Umno mungkin akan mendakwa Sultan atau Raja masing-masing menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Tertinggi Umno.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...