ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 22 May 2015

Sensasi: Menantu Najib Razak Di Dakwa Menipu


Sensasi: Menantu Najib Razak Di Dakwa Menipu

SUARAKAMI 02:48 BLOGGER


Menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, suami anak perempuan Najib itu didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Menurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu dipetik berkata, Daniyar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran.

Sementara rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post turut melaporkan, jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan Najib telah menghabiskan sebanyak RM1 juta dalam lawatannya ke Kazakhstan.

Perbelanjaan untuk lawatan dua hari Perdana Menteri ke negara itu didedahkan Kementerian Luar Negara di Dewan Rakyat pada Oktober tahun lalu.

Jumlah keseluruhan kos lawatan singkat tersebut berjumlah RM1,072,213.22 yang dibelanjakan Najib dan rombongannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam, Jun tahun lalu.

Lawatan itu kononnya berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kritikan apabila ia digunakan bagi merisik bakal menantunya, Daniyar.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...