ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 27 May 2015

Pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud ( kaya giler ni)

Pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud ( kaya giler ni)



Pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud oleh seorang akauntan bertauliah,Andrew Heng memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki kepada ketua menteri Sarawak,ini mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.

Perkara ini tidak menjadi luar biasa kerana ini adalah hasil daripada pemerintahan bapa beliau,iaitu Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak berdekad lamanya lebih 30 tahun. Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.

Dengan segala kepercayaan yang di beri oleh rakyat kepada Taib Mahmud maka digunakan kebijaksanaan serta kuasa yang ada pada beliau untuk merampas segala hak milik orang asal di setiap pelusuk belantara Bumi Kenyalang. Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun daripada anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil mahsul daripada perut Negeri Sarawak ini.

Anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut dan kontrak membolehkan Titanium membaiki dan menggantikan 384 buah jambatan lama dalam negeri Sarawak selama tujuh tahun.

Sementara itu, dalam satu pendedahan yang terkini oleh Sarawak Reports, Taib dituduh mempunyai empayar hartanah, Sakto Corporation di Kanada yang bernilai beberapa ratus juta ringgit atas nama menantunya, Sean Murray.

Syarikat ini diasaskan oleh abangnya Onn Mahmud, anak perempuannya Jamilah, dan Sean Murray. Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya mendapat kepercayaan dari jabatan-jabatan kerajaan Kanada untuk berpindah ke ruang pejabat mereka selepas melalui proses persaingan terbuka.

Taklimat ORC menyatakan, kemudahan yang dimiliki oleh Sakto Corporation adalah “dibina mengikut piawaian tenaga dan alam sekitar yang tinggi” dan “bangunan dalam beberapa segi adalah hijau”.

Sarawak Reports juga mendakwa Sakti International Corporation di United States adalah juga diurus oleh pasangan yang sama. Mereka memiliki bangunan Abraham Lincoln yang menempatkan kemudahan Federal Bureau of InvestigationFBI Keluarga Taib juga didakwa memiliki beberapa harta di London.

Ratusan laporan SPRM dan laporan polis telah di buat tetapi tiada satu pun siasatan dan tindakan yang di ambil terhadap Taib Mahmud. Ini jelas menunjukkan bahawa 2 Jabatan Kerajaan itu di kawal penuh dan mengikut telunjuk Taib Mahmud. 

Jika benar kedua dua Jabatan itu merupakan badan bebas Rasuah dan berintegriti maka mereka harus bertindak dengan segera. Jika tidak Pengarah SPRM & Ketua Polis harus letak jawatan.

Pendedahan demi pendedahan di buat oleh Laporan Sarawak (Sarawak Report) berkenaan dengan Taib Mahmud & keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas daripada pihak Taib Mahmud malah sebaliknya kini kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah tanah adat rakyat negeri ini untuk terus mengisi kantung dan perut beliau dan keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...