ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 29 May 2015

BNBBC nasihat 1MDB tak paut pada dana awam

BNBBC nasihat 1MDB tak paut pada dana awam


Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan kerajaan dinasihatkan menambah modal sejajar dengan liabiliti tanpa bergantung pada dana awam atau pinjaman baru.

Perkara itu dilapor disampaikan oleh Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dalam pertemuan mereka pada Rabu lepas.

“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ia tidak dimodali sewajarnya,” beliau dipetik sebagai berkat oleh BNBBC News.

Laporan itu juga memerik Shahrir sebagai berkata pertemuan itu bagi membolehkan BNBBC memahami isu-isu dan mendapatkan maklumat berkaitan syarikat pembangunan strategik itu.

Shahrir berkata, sebagai ahli Parlimen BN dan pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB sahaja.

“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya.

Shahrir juga dilapor mengesahkan pertemuan dengan Arul pada Rabu malam yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau juga memberitahu ada bertemu Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah pada hari sebelumnya dan berbincang mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.

Pandangan sama turut dilontarkan dalam pertemuan dengan Husni, katanya seperti dilaporkan portal itu.

Shahrir berkata, pertemuan dengan Arul berlangsung hampir tiga jam dan beliau tidak menyentuh soal penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB.

Menurut Shahrir, beliau tidak berbincang mengenai PAC dengan Arul kerana percaya proses memandangkan pengauditan sedang dijalankan Ketua Audit Negara dan PAC.
 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...