ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 7 May 2015

1MDB - Jika Najib Ikhlas, Tidak Ada Apa2 Nak Sorok

1MDB - Jika Najib Ikhlas, Tidak Ada Apa2 Nak Sorok .... Najib Akan Ber'Temu' dan Jelaskan Pada Rakyat

Friday, May 8, 20150 comments


Boleh percayakah laporan astroawani di atas ? 

Bukankah dua bulan lepas Najib dah jawab semasa peristiwa bersejarah  Solidariti Bersama Najib ?


Waktu itu Ketua2 Bahagian kata - Najib dah jelaskan semuanya ..... 1MDB tidak ada masalah. Semua OK. Kita akan turun berjumpa akarumbi untuk tolong jelaskan ...... Ada mereka turun ?


Kemudian giliran Pemuda pula bulan lepas .......baik punya lambung !


Pemuda semua berpuashati dengan penjelasan Najib. Kita akan turun berjumpa akarumbi ....... ada mereka berjumpa sesiapa ?

Siapa yang tipu siapa ?

Apa yang payah sangat ni Najib ooooooi ? NAK SOROK APA ?

Adakan sesi soal jawab bersama media di mana media bebas bertanya soalan dan Najib juga bebas menjawab sambil dibantu oleh pengurusan 1MDB. Lagi baik kalau dapat adakan satu forum terbuka antara Najib dengan Tun Mahathir ..... di mana kita cuma mahukan kebenaran tentang 1MDB. 

Takkan itu pun tak berani ? ? Peluang untuk settlekan masalah ini once and for all.  Jimat masa, jimat tenaga, dan jimat wang ! Tak perlu nak serang sesiapa, tak perlu nak ungkit cerita tuk nenek, tak perlu tak bayar sesiapa..... kan senang begitu ?

Tak perlu nak diheret Umno dalam kemelut 1MDB ini. Malah pemimpin2 Umno pun sepatutnya bersatu suara menuntut 1MDB dan Menteri Kewangan supaya tampil dan menjelaskan duduk perkara kepada rakyat.

Ini bukan isu Umno tapi ini isu rakyat. 

Beberapa bulan lalu hutang RM42 billion, sekarang dah RM49 billion ..... lagi lama lagi bertambah. Tanah yang umpama hadiah percuma pula semakin lama semakin hilang bertukar tangan ..... hasilnya buat belanja hangus bayar faedah.

Last2 habuk pun tarak ..... tanah dijual, IPP kena lelong, maruah tergadai ... hasilnya apa ?



Sekali lagi saya mohon, tampil dan jawap sajalah persoalan2 mengenai 1MDB .... APA YANG PAYAH SANGAT NI ???

Nak sorok apa ? Tengoklah beberapa kes akibat nak sorok sangat, tak nak orang tahu ..... bila kecoh, mula nak marah2 tuduh fitnah politikla bagai ..... cuba jelaskan dari awal, tak adalah nak berlaku semua itu. Yang buat masalah adalah kerana nak menyorok tindakan yang dibuat. 

Selepas dijelaskan ternyata ( kononnya ) tidak ada masalah ...... so KENAPA NAK SOROK ?

Kalau katanya dulu dah diterangkan, tapi ternyata ramai yang masih tak puashati ...... so kenapa tak terangkan sekali lagi ? Apa masalahnya ? 

Jadikan ia satu sesi dua hala supaya jika ada yang masih tak faham, boleh tanya terus waktu itu juga dan jawapan diberikan supaya tidak ada salah faham.

Apa yang susahnya dengan cadangan ini ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...