Imej UMNO tidak boleh terpalit dengan isu 1MDB: Muhyiddin
Astro Awani |Kemas kini:Mei 11, 2015
KUALA LUMPUR: Rakyat akan memberi sokongan padu kepada UMNO jika parti tidak terpalit dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mempunyai pemimpin yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab serta bersih daripada sebarang bentuk salah laku dan penyelewengan.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, rakyat juga dilihat akan menolak parti daripada terus menjadi kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama jika mendapati pemimpin mereka tidak amanah dalam pentadbiran.
"Sebarang isu yang melibatkan soal ketelusan dan tadbir urus perlu dipandang berat dan jika terdapat masalah ianya perlu diselesaikan dengan segera.
"Ini termasuk isu 1MDB yang tidak boleh dibiarkan berlarutan. Setiap dakwaan mengenai penyelewengan dalam urusan 1MDB perlu segera disiasat secara bebas, telus dan adil dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Imej UMNO tidak boleh terpalit dengan isu 1MDB," katanya dalam perutusan sempena Hari UMNO ke 69 di sini pada Ahad.
BACA: Rakyat mahukan jawapan konkrit, tindakan segera - Muhyiddin
BACA: BN akan pastikan kebebasan beragama di negara ini terus terpelihara - TPM
BACA: Muhyiddin akan hilang kewibawaan jika tidak tegas dalam isu 1MDB - A.Kadir Jasin
Tegas Muhyiddin, kedudukan UMNO pada hari ini tidaklah sekukuh dahulu selepas gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan ke-13.
"UMNO juga sedang menghadapi masalah persepsi yang kian gawat. Tidak dinafikan orang Melayu masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap UMNO untuk membela nasib mereka.
"Namun saya bimbang jika isu-isu yang melingkari parti kita tidak dapat dijawab dengan baik untuk terus meyakinkan rakyat tentang keikhlasan perjuangan UMNO, maka rakyat akan menolak UMNO dalam pilihanraya dan kita terpaksa melepaskan amanah kepimpinan yang digalas selama ini.
"Sesungguhnya, 'survival' UMNO bergantung kepada sejauh mana rakyat melihat UMNO sebagai parti yang boleh dipercayai," jelasnya.
Tambahnya, ahli parti perlu kembali membangkitkan kekuatan UMNO sebagai sebuah parti yang dipercayai oleh rakyat.
Ujar Muhyiddin, ahli parti juga perlu sentiasa bermuhasabah, memperbaiki segala kelemahan dan bertindak memperbetulkan keadaan sebelum terlambat.
"Rakyat sedang memerhati tindakan dan pendirian UMNO dalam beberapa isu utama. Dalam isu hubungan kaum dan perpaduan nasional misalnya, rakyat sedang melihat ke mana arah tuju UMNO?
"Adakah UMNO akan terus menjadi sebuah parti Melayu dan Islam yang moderat, sederhana dan progresif atau berubah menjadi sebuah parti perkauman yang rasis dan ekstrem?
"Saya ingin menegaskan bahawa UMNO tidak boleh terjebak di dalam polemik perkauman dan agama yang ekstrem sehingga meruntuhkan asas-asas negara Malaysia yang telah dibina oleh pemimpin kita yang terdahulu dan termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.
BACA: Siapa kata Najib ada krisis dengan Muhyiddin? - MT UMNO
BACA: Keputusan untuk sahkan akaun 1MDB keputusan adil - Muhyiddin
BACA: Malaysia masih negara contoh hubungan kaum yang harmoni - Muhyiddin
Muhyiddin bagaimanapun mengakui wujud pelbagai asakan dan provokasi yang ingin melihat UMNO terjerumus ke dalam jerangkap rasisme dan ekstremisme.
"Tetapi kita perlu istiqamah. Pendirian UMNO selama ini yang seimbang, moderat dan sederhana dalam mengurus hubungan kaum dan agama perlu dipertahankan.
"Kita bukan sebuah parti Melayu yang rasis. Kita juga bukan sebuah parti Islam yang jumud dan ekstrem. Sebaliknya, UMNO adalah sebuah parti rahmatan lil’alamin," katanya.
Katanya lagi, sebagai sebuah parti Melayu dan Islam yang membawa rahmat dan manfaat untuk semua.
"Selain perlu membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam, pada masa yang sama UMNO perlu memelihara kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain dan menghormati kebebasan mereka untuk mengamalkan agama masing-masing.
"Selagi mana kita berada di atas landasan perjuangan yang seimbang ini, maka kita akan berjaya mengekalkan perpaduan nasional dan parti kita UMNO akan terus dihormati dan dipercayai oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
"Kita juga telah berjaya mewujudkan keharmonian kaum dan memelihara kestabilan negara dengan bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN)," ujarnya.
Dalam pada itu Muhyiddin menegaskan, UMNO perlu menampilkan jawapan yang segera kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat seperti tekanan kos sara hidup yang kian meningkat.
"Kita akui bahawa kenaikan harga barang dan kos sara hidup adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang sebahagian besarnya berada di luar kawalan kerajaan.
"Namun, sebagai kerajaan yang prihatin pelbagai dasar dan program dilaksanakan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Saya percaya masih banyak yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah beban kos sara hidup dan UMNO perlu menjuarai isu ini," ujarnya.
Katanya lagi, rakyat juga semakin mementingkan soal ketelusan dan tadbir urus yang baik.
"Kewujudan sebuah kerajaan yang telus dengan tadbir urus yang baik menjadi keutamaan rakyat dalam membuat pilihan politik," tegasnya.
Oleh itu katanya, ahli parti perlu memperkukuhkan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan menghindari sebarang tindakan yang boleh melemahkan UMNO.
Tegasnya, paling utama kini adalah untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO untuk menghadapi PRU ke-14 yang pastinya lebih mencabar.
"Saya mendoakan semoga UMNO terus diberikan kekuatan dan inayah oleh Allah untuk meneruskan perjuangan suci membela agama, bangsa dan negara," jelasnya.

DARI LAMAN WEB

No comments:
Post a Comment