Benarkah Persoalan 1MDB Sudah DiJawab ? Mohon Pro Najib Senaraikan ....
Tuesday, May 12
Banyak kali dah kita menuntut jawapan kepada persoalan2 1MDB dari Najib dan 1MDB. Mungkin suara kita sebagai rakyat marhaen tidak menarik minat Naib untuk jawab .... tapi Tun Mahathir sendiri sering mengulangi soalan2 yang sama.
Apakah benar Najib sudah menjawab persoalan2 itu ?
Menurut komen2 pro Najib yang sering kita baca di merata laman sosial, Najib dah jawab !
OK, apakata saya khaskan ruangan komen dibawah ini buat pro Najib tolong berikan jawapan2 nya. Tak salah kalau tolong ulangkan sekali lagi, copypaste pun jadilah. Jawapan anda di sini akan dibaca ribuan pembaca lain.
Tapi saya mohon jangan lari tajuk. Soalan dan jawapan yang diminta adalah berkenaan 1MDB saja. Jadi jangan ada yang kona pi tanya balik tentang isu2 Tun Mahathir zaman dulu .... Tidak ada kaitannya dengan Tun Mahathir. Ini mengenai 1MDB.
Mungkin banyak persoalan itu perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan PAC, dengan katalain, masih belum berjawab. Tapi ada beberapa soalan yang saya rasa tidak memerlukan siasatan dan boleh dijawab sendiri oleh Najib.
Antaranya -
1 - Benarkah kekayaan Najib, Rosmah dan Reza hasil harta pusaka keluarga Najib ? Apa buktinya ? Berapa kah nilai kekayaan pusaka itu ( lebihkurang jer ) ? ( yang ini saya tak berapa pasti kaitannya dengan 1MDB tapi penting diberikan jawapan sebab kalau dibiar tergantung, rakyat akan kaitkan dengan 1MDB juga )
2 - Apakah akaun 1MDB di BSI Singapura takde duit ? Yang ini tak perlu tunggu siasatan, cuma tunjukkan salinan penyata yang ada tertulis USD1.103 bil dalam akaun.
3 - Senarai aset milik 1MDB dengan harganya bagi memberi justifikasi kepada hutang RM49 billion. Soal samada ia melebihi harga pasaran semua tu boleh kita nanti hasil siasatan tapi sekadar senarai penuh aset, saya rasa tak perlu siasatan. Harganya pun tak perlulah tepat sangat, miss ratus2 juta pun ok lagi.
Hari tu ada disebarkan senarai aset2 1MDB tapi banyak yang tak disebut nilai RM dan ada juga disebut tentang perancangan yang belum buat lagi .... itu bukan aset.
Senarai ini penting bagi memberi justifikasi kepada hutang yang begitu tinggi dan kepada dakwaan bahawa sebahagian hutang telah disonglap pihak tertentu. ( contohnya ambil hutang 5 bil tapi beli barang cuma 2 bil, mana pergi lagi 3 bil ? )
Sila tambah lagi persoalan lain yang tidak memerlukan kita tunggu hasil siasatan audit. Saya akan kemaskinikan artikel jika ada. Atau sebarang persoalan lain mengenai 1MDB yang sudah dijawab oleh Najib.
Jawapan yang mengaitkan dengan projek Tun Mahathir tidak akan dilayan sebab yang saya tanya adalah berkenaan 1MDB.
Mohon mendapat kerjasama pro Najib @ pro 1MDB. Anda pun pasti letih duk tulis Najib dah jawab, Najib dah jawab... kan.

No comments:
Post a Comment